Jenayah IslamMalaysia

Penyelewengan pemikiran SIS tiada kaitan dengan prosedur dan teknikaliti mahkamah

Ukuran sesuatu perkara sebagai menyimpang atau terkeluar daripada ajaran Islam adalah dalil-dalil syarak berupa Al-Quran, Sunnah, Ijmak dan Qiyas serta dalil lain yang menyokongnya.

Pendirian-pendirian SIS sebelum ini yang tersebar dalam isu wanita, hijab, dan seumpamanya telah menjadikan entiti itu sendiri sebagai entiti yang menyebarkan ajaran yang terkeluar daripada ajaran Islam itu sendiri.

Mana-mana keputusan mahkamah yang diputuskan tidak akan mematahkan hakikat itu melainkan SIS sendiri yang menarik balik pandangan-pandangan mereka yang bertentangan bahkan boleh mengeluarkan seseorang daripada ajaran Islam.

Kuasa mahkamah persekutuan hanya melibatkan prosedur perundangan yang rasmi yang telah mengeluarkan SIS daripada tohmahan penyelewengan pemikiran kerana isu-isu teknikal seperti ‘sighah’ fatwa, syakhsiah iktibariyah dan seumpamanya.

Tetapi hakikat sifat dan hukum SIS sebagai entiti yang sesat dan menyebarkan ajaran pluralisme dan liberalisme tetap tidak berubah.

Umat Islam harus sedar bahawa kuasa dan undang-undang tidak semestinya memihak kepada kebenaran jika pihak pendakwaan licik menggunakan sistem kehakiman dan perundangan yang penuh dengan ‘loophole’ dan kelompongan yang boleh dimanipulasi pihak berkepentingan.

Sebaliknya ukuran kebenaran sesuatu perkara dalam syariah adalah bergantung kepada dalil-dalil syarak, serta pandangan ulama dan sarjana terhadap perkara tersebut.

MUIS berpandangan bahawa keputusan mahkamah persekutuan hanya bersifat teknikal, tetapi tetap tidak membatalkan identiti SIS sebagai pihak yang mempropagandakan idea dan ajaran yang terpesong daripada agama Islam.


Ustaz Ahmad Syamil Bin Mohd Esa
Setiausaha Agung MUIS

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *