ππ± π₯ππ¦π’ππ¨π¦π π π¨πππππ₯ππ πππ π¨πͺππ‘ ππ¦πππ : πππππ πππππ¦πππ‘ π£ππππ¦π§ππ‘
Muzakarah Ilmuwan Islam: Jihad Bebaskan Palestin anjuran Muafakat Ilmuan Islam (MUIS), Gabungan Solidariti Pembebasan Palestin (GSPP), Pertubuhan Global Hayat dan Dunia Palestin Network telah diadakan pada 1 Jun 2025 di Anjung Melayu, Kuala Lumpur bagi membincangkan isu besar umat Islam yang semakin mendesak berikutan penjajahan berterusan rejim penjajah Israel ke atas bumi Palestin dan Masjid al-Aqsa.
Muzakarah ini menghimpunkan para ilmuwan, asatizah dan aktivis untuk merumuskan kefahaman yang tepat tentang kewajipan jihad serta menangkis salah faham terhadap perjuangan pembebasan Palestin.
Muzakarah telah bersetuju dengan 15 resolusi berikut:
- Jihad adalah kefarduan syarak yang berterusan sehingga ke Hari Kiamat yang merangkumi pelbagai bentuk termasuk jihad qital (penentangan bersenjata). Menghidupkan semangat jihad di dalam jiwa mukmin adalah salah satu elemen penyempurnaan keperibadian mukmin.
- Tanggungjawab jihad pembebasan Palestin kekal kewajipannya dan mesti dipikul oleh semua pihak sehingga terbebasnya kiblat pertama umat Islam.
- Kesetiaan kepada orang beriman (al-Walaβ) dan penentangan terhadap musuh Islam (al-Baraβ) iaitu rejim penjajah Israel dan sekutunya adalah asas yang melatari kepelbagaian bentuk jihad ini. Oleh itu, semua pihak wajib berpendirian bersama dengan perjuangan pembebasan Palestin dan tidak boleh mengambil sikap berkecuali apatah lagi berpihak kepada rejim penjajah Israel.
- Perjuangan jihad qital yang dilakukan oleh rakyat Palestin termasuk segala pembinaan kekuatan ke arah itu adalah semulia-mulia jihad ke arah pembebasan Palestin. Tindakan itu adalah dituntut secara syarak bahkan merupakan suatu hak rakyat Palestin yang diiktiraf undang-undang antarabangsa.
- Jihad pembebasan Palestin mempunyai pelbagai bentuk dan saling melengkapi antara satu sama lain. Kewajipan ini meliputi semua pihak, daripada jihad qital sehinggalah kepada kebencian hati terhadap kezaliman rejim penjajah Israel dan sekutunya.
- Perjuangan jihad qital wajib disambut oleh pemimpin-pemimpin negara khususnya negara berjiran dengan Palestin. Pengisytiharan perang oleh negara-negara Arab terhadap rejim penjajah Israel pada 1948, 1956, 1967 dan 1973 adalah pengisytiharan yang mesti dihidupkan kembali dan semakan semula terhadap semua perjanjian dengan rejim penjajah Israel mesti dilakukan.
- Seruan umum penyertaan jihad qital kepada umat Islam di luar Palestin hanya boleh dilakukan oleh pemimpin negara (ulil amri), bagi mengekang kewujudan kumpulan jihad palsu demi mengelakkan pertumpahan darah yang sia-sia.
- Para pemimpin negara Islam bertanggungjawab membina kekuatan, mencari jalan dan bertindak secara strategik ke arah pembebasan Palestin dengan segenap cara serta tidak terikat dengan kerangka orde dunia hari ini yang berkiblatkan Zionis.
- Kemerdekaan Palestin dan mengembalikan Palestin kepada penduduk asalnya adalah matlamat akhir kepada perjuangan Palestin. Untuk mencapai matlamat akhir itu, perlu digariskan matlamat secara bertahap yang tidak terpesong daripada perjalanan menuju matlamat tersebut.
- βTwo state solutionβ versi rejim penjajah Israel dan Barat adalah formula yang terpesong daripada matlamat pembebasan penuh dan kemerdekaan Palestin. βTwo state solutionβ jika mahu dilaksanakan mesti dilakukan dengan format yang dicadangkan oleh Hamas iaitu hanya penyelesaian sementara, gencatan senjata yang panjang dan tiada pengiktirafan terhadap kewujudan rejim penjajah Israel.
- Hamas bukan pertubuhan pengganas, bahkan ia adalah kerajaan Palestin yang sah dipilih oleh rakyat Palestin dalam pilihanraya 2006.
- Normalisasi dengan rejim penjajah Israel adalah satu pengkhianatan yang mematikan jihad dan menjadikan pembebasan Palestin suatu yang mustahil. Wajib kepada semua pemimpin negara umat Islam untuk kembali kepada prinsip asas bahawa rejim penjajah Israel adalah negara yang tidak sah kewujudannya. Sebarang langkah pengiktirafan terhadap rejim penjajah Israel hanya akan memanjangkan hayatnya.
- Pendidikan mengenai kewajipan pembebasan Palestin mesti diarus perdanakan dalam kurikulum bermula daripada peringkat awal persekolahan sehingga pengajian tinggi seperti kursus berkaitan Islam dan jihad dalam erti kata yang sebenar termasuklah kisah pejuang tanah air yang terlibat dalam mempertahankan Palestin.
- Semua pihak khususnya ilmuwan, ulama dan pihak berwajib mesti menghidupkan isu pembebasan Palestin secara berterusan dalam setiap saluran penyampaian maklumat kepada masyarakat termasuklah teks-teks khutbah, kuliah, ceramah, doa, qunut nazilah, media tradisional dan media alternatif.
- Dalam usaha untuk memelihara kebebasan bersuara dalam isu pembebasan Palestin, kerajaan di seluruh dunia diseru memperkenalkan Akta Anti-Penapisan dalam isu berkaitan Palestin (Palestinian Anti-Censorship Act).
Disokong oleh:
- Sahibus Samahah Datoβ Dr. Haji Mohamad Sabri bin Haron, Mufti Negeri Terengganu
- Sahibus Samahah Datoβ Haji Zamri bin Hashim, Timbalan Mufti Negeri Perak, Pengerusi Muafakat Ilmuan Islam (MUIS)
- Lt Kol Dr. Haji Mohamad Muntaha bin Saleh, Pensyarah Akademi Pengajian Pertahanan Islam, Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM)
- Dr. Ahmad bin Yussuf, Pensyarah Kanan Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya (UM)
- Dr. Muslim Imran, Pengarah Asia Middle East Center (AMEC)
- Ustaz Muhammad Fauzi bin Asmuni, Pengerusi Gerakan Solidariti Pembebasan Palestin (GSPP)
- Ustaz Ahmad Syamil bin Mohd Esa, Setiausaha Agung Muafakat Ilmuan Islam (MUIS), Ketua Pegawai Eksekutif Institut Ulama Al-Juwaini
- Ustaz Muhd Farhan bin Muhd Fadhil, Ketua Pegawai Eksekutif Pertubuhan Global Hayat
- Ustaz Ahmad Nuβman bin Mazlan, Pengurus Dunia Palestin Network
- M Firdaus bin Baharuddin, Pengerusi Sahabat Serantau Malaysia
- Ustaz Mohd Akib bin Abdullah, Imam Masjid Wilayah Persekutuan
- Ustaz Zaid bin Zainur Rashid, Setiausaha Institut Ulama Al-Juwaini
- Dr. Nur Fatin binti Halil, Ketua Unit Penyelidikan Muafakat Ilmuan Islam (MUIS)
- Ustaz Wan Ahmad Izzat bin Wan Ahmad Sanadi, Pegawai Syariah PNB
- Haji Rashidi bin Haris, Sekretariat Gabungan Solidariti Pembebasan Palestin (GSPP)
- Ustaz Abdullah bin Hussen, Ahli Muafakat Ilmuan Islam (MUIS)
- Ustaz Ismail bin Muhammad Juffri, Ahli Muafakat Ilmuan Islam (MUIS)
- Ustaz Ahmad bin Khairuddin, Ahli Muafakat Ilmuan Islam (MUIS)
- Ustaz Anas bin Bad Latif, Penyelidik Dunia Palestin Network