Umum

Umat perlu berdiri atas ‘framework’ kenegaraan yang tersendiri untuk memenuhi seruan jihad di jalan Allah

Mengenai pemfatwaan himpunan ulama sedunia dan respons sebuah badan fatwa yang menolak fatwa tersebut, saya berpandangan bahawa :

Sejak dulu lagi sudah ada dua jenis ulama’.

Yang pertama yang kekal dengan ‘status-quo’ yakni yang memilih untuk berpegang kepada keadaan sedia ada, konteks sedia ada, dan cuba meraikan pelbagai kekangan sedia ada untuk bertindak.

Yang kedua adalah yang melihat ke hadapan, memahami konteks semasa namun tidak terikat dengan kekangan semasa, cuba memberikan pandangan yang bersifat mengubah dan intervensi kepada keadaan semasa. Walau dilihat bercanggah dengan pandangan ulama pertama, golongan kedua inilah yang biasanya menyelamatkan ummah daripada malapetaka-malapetaka besar yang tidak dilihat oleh kebanyakan orang.

Saya memilih pihak yang bersama barisan hadapan para mujahidin, yang biasa dirujuk oleh mereka dan biasa memberi fatwa-fatwa yang menyebelahi mereka.

Hakikatnya dunia hari ini memang tidak memihak kepada agenda Islam dan tanah suci kita. Meletakkan autoriti mutlak kepada ‘framework’ kenegaraan hari ini sebagai satu-satunya badan autoriti akan menatijahkan pengabaian kepada hak umat Islam, kerana ‘framework’ dunia hari ini dipegang oleh pihak yang memusuhi umat Islam.

Saya yakin walau diisytiharkan jihad sekalipun kemampuan umat Islam secara maknawi dan fizikal masih belum mampu untuk berperang di jalan Allah sepertimana yang diharapkan.

Oleh itu seruan jihad akan disahut dengan membina kemampuan dan kekuatan, kesedaran bahawa umat ini tidak akan selamat tanpa jihad di jalan Allah, bukan dengan diplomasi, demokrasi dan si-si yang lain yang hanya melembikkan umat di hadapan para musuhnya.

Umat perlu bebas daripada ‘framework’ dunia hari ini dan berdiri atas ‘framework’ tersendiri, bagi melaksanakan hukum-hukum Allah SWT.

Segala konsep kenegaraan berbentuk negara bangsa dan keterikatan dengan perjanjian-perjanjian dunia yang melibatkan negara-negara bukan Islam perlu dilihat semula keabsahannya dan kerelevenannya hari ini, yang mana telah terbukti ia tidak dapat membela nasib saudara kita di sana.

Wallahua’lam bissawaab.

Ustaz Ahmad Syamil Bin Mohd Esa
Setiausaha Agung MUIS

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *