Adakah Wajar Pelajar Dihidangkan Dengan Persembahan yang Tidak Syari’e?

Rasulullah Memuliakan Guru
- Ada yang bertanya mengenai persembahan tarian yang dilakukan oleh sekumpulan guru disekolah, adakah ia wajar atau tidak? Penuntut ilmu seharusnya tidak dihidangkan dengan persembahan yang bertentangan dengan ajaran Islam. Ini supaya mereka tidak terkeliru dengan apa yang dibenarkan atau tidak. Jika tidak dibenarkan mengapa dilakukan oleh sang guru?
- Malah guru mendidik pelajar menjauhi dari menyaksikan kemungkaran. Ketika al-Imam Malik melihat potensi yang ada pada al-Syafie, beliau menasihatkan kepada al-Imam al-Syafie (yang juga pelajar kepada al-Imam Malik) supaya menjauhi maksiat. Kata Malik:
Ψ₯ΩΩ Ψ£Ψ±Ω Ψ£Ω Ψ§ΩΩΩ ΩΨ― Ψ£ΩΩΩ ΨΉΩΩ ΩΩΨ¨Ω ΩΩΨ±Ψ§ ΩΩΨ§ ΨͺΨ·ΩΨ¦Ω Ψ¨ΨΈΩΩ Ψ© Ψ§ΩΩ ΨΉΨ΅ΩΨ©
Sesungguhnya aku melihat bahawa Allah telah mencampakkan cahayaNya di dalam hati engkau (wahai al-Syafie), maka janganlah engkau cemari hatimu dengan maksiat.β
Bererti Malik sebagai guru membimbing pelajarnya (al-Syafie) agar menjauhi maksiat, bukan menghidangkan pelajar dengan aktiviti maksiat.
- al-Imam Ali ibn Khashram pernah bertanya kepada gurunya Wakiβ tentang bagaimana menguasai ilmu dengan baik. Waki menasihatkannya agar menjauhi kemungkaran pandangan. Kata Ali:
Ψ³Ψ£ΩΨͺ ΩΩΩΨΉΩΨ§ ΨΉΩ Ψ―ΩΨ§Ψ‘ Ψ§ΩΨΩΨΈ ΩΨ£Ψ¬Ψ§Ψ¨: ΨͺΨ±Ω Ψ§ΩΩ ΨΉΨ§Ψ΅Ω”
βAku bertanya kepada Waki tentang penawar bagi mempunyai kekuatan ingatan, lalu Wakiβ berkata: Tinggalkan maksiat.
- Malah yang lebih membimbangkan adalah, keterlibatan dalam maksiat turut menjauhkan pelajar dari sumber rezeki. Ini difahami daripada hadith Rasulullah yang menyebutkan:
Ψ₯ΩΩΩΩ Ψ§ΩΩΨΉΩΨ¨ΩΨ―Ω ΩΩΩΩΨΩΨ±ΩΩ Ω Ψ§ΩΨ±ΩΩΨ²ΩΩΩ Ψ¨ΩΨ§ΩΨ°ΩΩΩΩΨ¨Ω ΩΩΨ΅ΩΩΨ¨ΩΩΩ
βSesungguhnya seorang hamba itu akan dijauhkan dari rezeki disebabkan dosa yang dilakukanβ (HR Ahmad)
- Adalah lebih wajar sekiranya setiap aktiviti yang ingin dipertontonkan kepada pelajar diteliti dahulu selari dengan peranan institusi ilmu yang menjunjung martabat ilmu dan budi.
Semoga Allah membimbing kita.
Prof Madya Dr. Ahmad Sanusi Azmi
Timbalan Pengerusi
Muafakat Ilmuan Islam