BeritaKenyataan RasmiMalaysiaMunasabat IslamUmumUtama

Ucapan Hari Raya Aidifitri 1446H MUIS

Umat Islam menyambut Syawal dengan takbir, membesarkan Allah sebagai tanda kesyukuran atas kejayaan menjalani ujian Ramadan. Namun, kemenangan ini lebih bersifat peribadi bagi individu Muslim, bukan kemenangan umat secara keseluruhan. Hakikatnya, kemenangan sejati bukan hanya milik individu tetapi juga milik seluruh umat Islam.

Situasi di dalam dan luar negara menunjukkan bahawa meskipun umat Islam berjaya menundukkan hawa nafsu sepanjang Ramadan, mereka masih belum mencapai kemenangan sebenar dalam memperjuangkan nasib dan hak umat secara menyeluruh. Usaha pembelaan terhadap umat Islam masih belum membuahkan hasil yang diharapkan melalui gerakan ummah, sebaliknya hanya wujud kejayaan berskala individu.

Semoga umat Islam terus diberikan kesedaran dan bimbingan daripada para ulama dalam usaha mencapai kemenangan yang lebih besar—bukan sekadar kemenangan peribadi, tetapi kemenangan seluruh umat.

تقبل الله منا ومنكم. من العائدين والفائزين.

Dato’ Hj Zamri Bin Hashim
Pengerusi MUIS

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *