Video Visit Malaysia 2026 : Usaha memadam identiti Malaysia sebagai negara Islam.
Yang dizahirkan adalah ketidakpedulian, yang disimpan dalam hati adalah kebencian.
Video terbaru melawat Malaysia 2026 adalah satu ‘tip of the iceberg’ yang membawa mesej yang jelas bahawa ‘mereka’ sukakan dan cita-citakan Malaysia sebagai sebuah negara yang mengikut citarasa mereka, bukan citarasa rakyat asal tanah Melayu.
Tak pelik tiada seorang pun yang bertudung elok, tiada satu pun songkok, sampin dan kopiah, serta tiada satu pun masjid terlihat dalam video itu.
Itulah hakikat cita-cita mereka.
Bagi kawan-kawan yang baru nak rasa jengkel, ketahuilah kejengkelan anda itu petanda wujudnya nadi kebangsaan yang murni, dan sensitiviti iman masih ada.
Dan ketahuilah, inilah salah satu petanda bahawa negara kita sedang terancam identiti kenegaraannya, dan kedaulatannya.
Wallahua’lam.
Ustaz Ahmad Syamil Mohd Esa
Setiausaha Agung
Muafakat Ilmuan Islam