UCAPAN TAHNIAH BUAT GAZA
MUIS mengucapkan Tahniah kepada seluruh umat Islam di tanah Gaza atas kejayaan dalam tuntutan gencatan senjata atas syarat yang diletakkan oleh barisan pejuang ke atas Israel yang berkuatkuasa pada 19 Jan 2025.
MUIS menyanjung tinggi perjuangan dan pengorbanan yang telah ditunjukkan oleh barisan para mujahidin dan rakyat Palestin khususnya di Gaza yang tidak pernah menyerah diri atau berkompromi dalam isu melibatkan kedaulatan tanah air umat Islam, khususnya tanah suci umat Islam di Palestin.
MUIS ingin mengambil kesempatan sempena gencatan senjata ini untuk menyeru umat Islam agar terus gencar memberikan sokongan yang tidak berbelah bahagi kepada barisan para mujahidin di Gaza, serta menyalurkan sebarang bentuk bantuan samada berbentuk material atau moral, bagi memastikan kebajikan rakyat Gaza terjaga pada masa kini dan akan datang.
MUIS menyarankan agar segala tindakan yang telah dimulakan ketika peperangan Taufan Aqsa tidak sepatutnya dihentikan, kerana MUIS menganggap ia hanyalah satu permulaan kepada satu pembukaan yang besar pada masa akan datang.
MUIS menyarankan agar umat Islam sentiasa bersiap siaga, mempersiapkan diri, keluarga dan masyarakat untuk menghidupkan makna jihad dalam kehidupan, dan sentiasa meletakkan pembebasan Al-Quds sebagai kiblat perjuangan umat Islam.
Muafakat Ilmuan Islam