AqidahBaitul MaqdisDunia IslamIlmiahKolumnisPolitik IslamUmum

SYRIA – REVOLUSI, KHAWARIJ, SYIAH

1. Bukan semua pihak yang menentang pemerintah adalah khawarij.

2. Khawarij adalah sebuah mazhab yang punya i’tiqad dan gaya pemikiran.

(Saya guna istilah “gaya fikir” dan bukan “kaedah fikiran” kerana khawarij tidak ada kaedah berfikir dan tidak ditulis mazhab mereka, mereka hanya ada gaya fikir tertentu, yang mana ia berpunca dari tiadanya kaedah ilmu yang betul, dan gaya fikir itu mencorak i’tiqad mereka).

3. Khariji adalah mereka yang mempunyai atau menyerupai pemikiran tertentu seperti takfiri – mengkafirkan pelaku dosa besar dan orang islam, mengingkari syafaat, dan biasanya mereka bersikap anti-autoriti dan muassasah dalam agama, seperti menolak kedudukan sahabat, menafikan kedudukan quraish, mazhab-mazhab Islam.

4. Dengan i’tiqad itu mereka menentang pemerintah dan menentang kebanyakan kaum muslimin.

5. Adapun, mengingkari atau menentang pemerintah secara am, perbahasannya termasuk dalam siyasah syar’iyyah, atau fiqh itu sendiri, dan bukanlah lazim pelakunya merupakan golongan khawarij.

6. Saidina Hussein bin Ali alaihi salam menentang pemerintah zamannya Yazid. Begitu juga ramai di kalangan Sahabat radhiaLlahu ‘anhum di kalangan ahli Madinah yang telah terbunuh di Harrah kerana menentang pemerintahan dan menolak baiah Yazid.

7. Begitu juga Abdullah bin az-Zubair radhiaLlahu anhu melakukan revolusi dan keluar dari pemerintahan bani Umayyah.

8. Begitu juga para ulama salaf di kalangan fuqaha, muhaddithin, qurra’, seperti peristiwa fuqaha Cordoba di antaranya Yahya bin Yahya al-laithi (rawi muwatto’), ‘Isa bin Dinar dengan sekumpulan ulama yang telah menentang pemerintahan al-Hakam bin Hisyam yang telah membawa kepada siri-siri thaurah di Cordoba.

9. Meskipun demikian, tiada seorang di kalangan umat Islam -secara ijma’- yang menghukum mereka sebagai golongan Khawarij.

10. Perbahasan mengenai hukum mengingkari, menentang pemerintah, revolusi atau bughah adalah di antara perbahasan fiqh yang terperinci, banyak kesamaran dan memerlukan penguasaan merentas displin.

11. Catatan pendek ini adalah untuk menjelaskan secara ringkas: mengingkari kesalahan atau kezaliman pemerintah bukan lazim menjadi golongan khawarij.

12. Bahkan ia pernah dilakukan oleh sebahagian daripada Khiyarul Ummah di kalangan salaf soleh.

13. Fenomena seperti khawarij hari ini boleh dilihat pada pengikut IS*S, dan golongan takfiri.

14. Berkenaan Syria hari ini, adakah HTS khawarij? Barangkali ada bekas dan kecenderungan, barangkali tidak.

15. Pembaca boleh membuat pembacaan, perbincangan dan penilaian sendiri.

FIQH SAIDINA AL-IMAM ALI RADHIALLAHU ‘ANHU TERHADAP KHAWARIJ DAN SYIAH

16. Khawarij adalah seburuk-buruk makhluk, mereka adalah anjing api neraka, seperti yang diterangkan oleh baginda Rasulullah sallaLlahu ‘alaih wasallam.

17. Dan seburuk buruk khawarij secara ijma’ adalah khawarij yang menentang al-Imam saidina Ali radhiaLlahu ‘anhu.

18. Namun demikian, pendirian saidina Ali dijelaskan dalam kata-katanya:

“(Mereka adalah)Saudara-sauadara kita, melampau batas terhadap kita”. – إخواننا بغوا علينا

19. Mereka membawa fitnah yang dahsyat. Namun mereka diperangi dengan kadar batas perbuatan mereka, dan dihukum dengan kadar jenayah mereka. Dan dibuka wacana debat yang diwakili Ibnu Abbas ra, dan sebilangan besar mereka akhirnya kembali kepada fahaman ahli Sunnah.

SYIAH

20. Adapun syiah pengikut-pengikut Abdullah bin Saba’ laknatullah alaih, saidina Ali telah perintahkan mereka untuk dibunuh secara dibakar, walaupun terdapat larangan hadis terhadap perkara itu.

21. Ini kerana hampir keseluruhan fitnah -samada di peringkat akidah mahupun pertumpahan darah- yang berlaku di era saidina Uthman, saidina Ali, ia berpunca dari tipudaya golongan syiah saba’iyah.

22. Begitu perbezaan besar antara ancaman dan bahaya khawarij dan bahaya Syiah.

23. Begitu juga di akhir zaman mengikut para masyayikh: apabila Imam al-Mahdi zahir, golongan Khawarij dan pelampau literal (Zahiriyyah) akan tunduk kepada pemerintahan Imam al-Mahdi dan meninggalkan apa yang mereka pegang sebelumnya, kerana kebenaran dan para pendukungnya akan menjadi jelas.

24. Namun, golongan Rafidhah Syiah dan saudara-saudara mereka dari kalangan Batiniyyah adalah musuh yang paling kuat terhadap al-Mahdi.

25. Apabila al-Mahdi zahir, Rafidhah dan Batiniyah Syiah akan memeranginya sehingga darah umat Islam mengalir di lembah-lembah Mekah.

26. Kebanyakan kelompok akhir zaman, boleh didapati akarnya telah wujud di era fitan di zaman awal Islam.

27. Pendirian sahabat radhiallhu’anhum dan ahlus Sunnah di kalangan salaf, samada bersikap mahupun tawaqquf(fokus membina amal dan generasi), adalah petunjuk untuk umat akhir zaman.

REGIM BASYAR

28. Adapun regim Basyar, mereka adalah dari kelompok Syiah Nusairiyah Alawiyah, yang datang dari sulbi Syiah Rafidhah.

29. Permusuhan mereka sangat zahir terhadap sahabat dan isteri Nabi sallaLlahu ‘alaihi wasallam, mereka tidak solat, mengagungkan arak, mempertuhankan manusia, mencintai Abdurrahman Muljam pembunuh saidina Ali.

30. Jumhur ulama -merentas kesemua mazhab- mengatakan bahawa kelompok Nusairiyah telah jatuh kufur, dan ancaman mereka lebih bahaya dari Yahudi dan Nasrani.

31. Hakikat ini lebih jelas bila kita melihat sendiri mayat-mayat dan tawanan penjara Sednaya. Dan laporan perisikan dan kerjasama mereka dengan I$r.

32. Ribuan orang diseksa, hilang ingatan, mati bergelimpangan, dalam keadaan jauh, terlalu jauh, lebih teruk dari yang kita lihat berlaku di negara P itu sendiri. Termasuk di kalangan yang diseksa sehingga mati di salah satu penjara, 3000 warga P.

NOTA

33. Tidak ragu bahawa kejatuhan regim Nusairiyah ini adalah perkara yang menggembirakan orang beriman.

34. Satu propaganda yang songsang jika kita katakan kejatuhan Basyar sebagai punca ketidakstabilan umat Islam di Syria dan membantu I$r.

35. Ini kerana ketidakstabilan itu telah lama berlaku.

36. Kuasa Basyar bukanlah kuasa sunni dan tidak memberikan kestabilan umat Islam, bahkan dia sendiri memerangi agenda Islam dan kaum muslimin, bekerjasama dengan I$r dalam agenda mereka dan memastikan keselamatan I$r.

37. Hukum Islam terhadap jenayah pembunuhan dan pengkhianatan yang dilakukan oleh penjenayah kelompok Nusairiyah, adalah hukuman mati.

38. Ada sebahagian orang menganggap ini adalah keganasan. Ini bukan keganasan.

39. Mereka adalah penjenayah berat. Hanya dengan itu tertegaknya keadilan dan terpelihara kehidupan: “dan bagi kamu dalam qisas itu ada kehidupan, wahai orang-orang yang mempunyai akal, agar kamu bertaqwa”.

40. Jika tidak mampu maka hukuman paling berat mengikut lunas undang-undang dan politik semasa.

Kita doakan semoga Allah taala memelihara dan memberkati bumi Syam dan ahlinya, meluruskan langkah mereka, dengan keselamatan, keamanan dan ketakwaan, serta menjauhkan dari Syam dan penduduknya segala kejahatan orang-orang jahat dan musuh.

Semoga kita dikurniakan juga ziarah negeri Syria dalam keadaan aman dan taqwa.

Ustaz Zaid bin Zainur Rashid
Penyelidik MUIS

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *