Dunia Islam

Pendirian MUIS berkenaan langkah PMX seru keluarkan Israel daripada PBB

1. Langkah PMX boleh dipuji atas usaha yang dilakukan, kita hargai semua jenis pertolongan dan sokongan kepada usaha membebaskan tanah air Palestin khususnya peperangan yang berlaku di Gaza hari ini.

    2. Apa yang dilakukan oleh PMX adalah konsisten dengan apa yang dilakukan oleh PM sebelum ini dalam usaha tidak mengiktiraf Israel, langkah ini lebih strategik jika dibawa secara bersama dan diadakan kerjasama dengan pihak-pihak negara Islam secara kolektif bagi membuang veto yang ada pada negara-negara veto, kerana terbukti Israel tidak mematuhi sebarang peraturan PBB kerana dilindungi secara veto oleh Amerika Syarikat. Jenayah genosid ini tidak akan berlaku jika ia tidak diizinkan oleh Amerika dan PBB.

    3. Sepertimana kelantangan di luar terhadap Israel, PMX juga sepatutnya mempunyai pendirian yang sama di dalam negara, iaitu bersikap tegas terhadap sebarang campur tangan ekonomi dan keselamatan daripada pihak Israel dan Amerika Syarikat, serta tidak bertindak di luar batasan undang-undang terhadap badan-badan yang menyokong perjuangan rakyat Palestin.

    4. Ummah perlu keluar daripada kebergantungan pada keputusan pihak lain, dan perlu fahami hakikatnya Israel sedang menunjukkan kekuasaannya ke atas semua badan antarabangsa dan ia mahu menunjukkan tiada siapa yang boleh menghalangnya.

    5. Hipokrasi PBB dalam perjuangan hak asasi manusia secara jelas telah menunjukkan topengnya yang sebenar bahawa mereka bukanlah pejuang kemanusiaan, tetapi pembunuh dan penindas yang hanya menjaga kepentingan golongan elit dan kapitalis.

    6. Kehendak umat Islam perlu disatukan menuju pembebasan tanpa terikat dengan pengiktirafan badan dunia lain yang selama ini di bawah telunjuk barat dan israel.

    7. Selagi ummah tidak bergerak secara merdeka, tidak bersatu atas kekuatan ummah, masih terikat dengan kepentingan-kepentingan yang dijanjikan badan-badan dunia seperti projek-projek pembangunan di negara-negara Islam, selagi itu kita masih bermain dalam permainan yang sama dan dunia Islam akan kekal dipolitikkan dan dicaturkan oleh kuasa-kuasa dunia.

    Ustaz Ahmad Syamil Bin Mohd Esa
    Setiausaha Agung
    Muafakat Ilmuan Islam (MUIS)

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *