BeritaKolumnisMalaysiaSoal JawabUmumWanita & Kekeluargaan

Gejala Zina Tanda Kehancuran Umat

  1. Berita Harian melaporkan bahawa berdasarkan data Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sebanyak 44,263 kes kehamilan remaja direkodkan di negara ini dalam tempoh lima tahun lalu.
  2. Isu kehamilan luar nikah ini jelas berpunca dari jenayah zina yang berleluasa. Zina yang tidak terkawal merupakan satu indikator yang jelas mengenai kerosakan masyarakat yang akan membawa kehancuran dalam jangka masa yang panjang.
  3. Perkara ini pernah disabdakan oleh Rasulullah. Baginda SAW pernah menegaskan bahawa fenomena zina akan membawa kepada kebinasaan. Pembudayaan zina dalam kalangan anak muda menggambarkan rosaknya masa hadapan sesebuah negara. Sabda Rasulullah:

إذا ظهر الزنا والربا في قرية فقد أحلوا بأنفسهم عذاب الله

“Sekiranya berleluasanya perbuatan zina dan riba dalam sesuatu kawasan, maka mereka telah mengundang azab Allah kepada mereka.” (HR al-Tabrani, dinilai sahih oleh al-Albani).

  1. Malah pertumbuhan dan peningkatan budaya zina dalam kalangan mahasiswa berupaya menghasilkan anak-anak zina. Ini adalah seakan satu proses ke arah pembinaan keruntuhan sesebuah negara bangsa. Sabda Rasulullah:

لاتزال أمتي بخير ما لم يفش فيهم ولد الزنا، فإذا فشا فيهم ولد الزنا؛ فأوشك أن يعمهم الله بعذاب

“Umat ini akan sentiasa berada dalam keadaan yang baik selagimana tidak tersebarnya anak-anak zina. Sekiranya berleluasanya anak-anak zina, maka dibimbangi Allah akan merencana azab yang lebih luas buat mereka. (HR Ahmad)

  1. Justeru segala platform dan ruang yang membawa kepada pembudayaan keji ini haruslah dihentikan. Kita tidak mahu melahirkan pelacur dalam kalangan pelajar. Semua pihak hendaklah menjalankan peranan masing-masing dalam menghancurkan budaya zina ini.

Semoga Allah membimbing kita.

Prof Madya Dr. Ahmad Sanusi Azmi

Timbalan Pengerusi
Muafakat Ilmuan Islam (MUIS)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *