Baitul MaqdisDunia IslamKenyataan RasmiMinda PengerusiUmumUtama

Setahun Perang Taufan Aqsa : Sejauh Manakah Keterlibatan Kita?

َلَوۡ يَشَآءُ ٱللَّهُ لَٱنتَصَرَ مِنۡهُمۡ وَلَٰكِن لِّيَبۡلُوَاْ بَعۡضَكُم بِبَعۡضٖۗ وَٱلَّذِينَ قُتِلُواْ فِي سَبِيلِ ٱللَّهِ فَلَن يُضِلَّ أَعۡمَٰلَهُمۡ }
[Surah Muḥammad: 4]

Dan sekiranya Allah menghendaki, tentulah Ia membinasakan mereka (dengan tidak payah kamu memeranginya); tetapi Ia (perintahkan kamu berbuat demikian) kerana hendak menguji kesabaran kamu menentang golongan yang kufur ingkar (yang mencerobohi kamu). Dan orang-orang yang telah berjuang serta gugur syahid pada jalan Allah (mempertahankan agamanya), maka Allah tidak sekali-kali akan mensia-siakan amal-amal mereka.

Setahun berlalu dan bakal terus berlaku dan masih tidak dapat diagak apa kesudahannya dalam waktu terdekat ini.

Dengan penuh hikmah kebijaksanaan Nya, perang ini semakin panjang usianya, semakin lebar wilayahnya serta mengambil hukum asbab dan musabab sehingga terserlah :-

  1. Mereka yang jujur berjuang
  2. Mereka yang bersifat munafiq, berjuang hanya dalam pidato yang berapi-api tetapi masih membantu pihak musuh.
  3. Mereka yang hanya menjadi penonton dan tukang simpati tanpa sebarang tindakan yang akhirnya memberi merit kepada musuh.
  4. Memberi peluang kepada yang terlewat ikut bersama berjuang fasa terdahulu untuk tidak lagi terlewat dan terlepas dalam fasa-fasa perjuangan pada masa akan datang.

Tugas pemimpin umat dan para ulama adalah menggerakkan masyarakat agar turut bersama berjuang mengikut kemampuan dan kapasiti yang ada.

Dato’ Haji Zamri bin Hashim
Pengerusi MUIS

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *