RUU Mufti Wilayah Bertepatan Dengan Maslahat Setempat

Isu RUU Mufti Wilayah adalah isu yang dilihat berasaskan Siyasah Syar’iyyah, iaitu melihat kepada konteks maslahat setempat. Mengikut uruf Malaysia, pengamalan agama berasaskan pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah mengikut aliran Asya’irah dan bermazhab Syafi’e adalah tepat dari sudut sejarah dan praktikal hari ini.
Dalam masa yang sama, jawatan Mufti Wilayah juga perlu mengambil kira uruf tempatan negara kerana ia ibarat menjadi Mufti kepada negara Malaysia.
Sebarang perbincangan mengenai konteks Siyasah Syar’iah sepatutnya hanya dibincangkan dalam ruangan khusus bagi orang yang berkenaan dan berkelayakan, bukan dibawa kepada perdebatan umum kerana boleh menimbulkan kekacauan dan perbalahan akibat masuknya orang yang bukan ahli dalam perbincangan.
Isu RUU adalah eksklusif untuk umat Islam, umat non-Muslim tidak berhak mencampuri sebarang urusan umat Islam lebih-lebih lagi yang melibatkan urusan keagamaan.
Umat hari ini perlukan halatuju yang jelas dalam isu-isu agama. Sepatutnya para asatizah dan ulama tidak menimbulkan sebarang bentuk syak wasangka terhadap pengamalan umat Islam sejak zaman berzaman.
Ustaz Ahmad Syamil Mohd Esa
Setiausaha Agung
Muafakat Ilmuan Islam (MUIS)