Baitul MaqdisBeritaDunia IslamKenali UlamaKolumnisUmumUtama

Surat terbuka untuk para ulama di seluruh dunia

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

Risalah Penentangan Kepada Para Ulama Ummah.

ٱلَّذِينَ يُبَلِّغُونَ رِسَـٰلَـٰتِ ٱللَّهِ وَيَخْشَوْنَهُۥ وَلَا يَخْشَوْنَ أَحَدًا إِلَّا ٱللَّهَ ۗ وَكَفَىٰ بِٱللَّهِ حَسِيبًۭا ٣٩

“(Nabi-nabi yang telah lalu itu) ialah orang-orang yang menyampaikan syariat Allah serta mereka takut melanggar perintahNya, dan mereka pula tidak takut kepada sesiapa pun melainkan kepada Allah. Dan cukuplah Allah menjadi Penghitung (segala yang dilakukan oleh makhluk-makhlukNya untuk membalas mereka)”(Surah Al-Ahzab:39)

Segala puji bagi Allah, selawat dan salam ke atas Rasulullah Sallallahualaihiwasallam dan seterusnya,

Para ulama’, ahli-ahli fiqh, para pendakwah dan para penuntut ilmu sekalian,

Salam sejahtera ke atas kamu sekalian, daripada jantung hati Gaza yang sedang dikepung, yang sedang bersabar serta sentiasa teguh di atas kesabaran tersebut,

Salam sejahtera ke atas mereka yang telah menandatangani sebuah tugas sebagai wakil bagi pihak tuhan sekalian alam, salam sejahtera ke atas pewaris para nabi yang membawa panji jihad, dan sekalian cucu-cucu Syeikhul Islam Ibn Taimiyah dan Sultanul Ulama’ Izzudin ‘Abdussalam.

Allah taala berfirman,

وَإِنِ ٱسْتَنصَرُوكُمْ فِى ٱلدِّينِ فَعَلَيْكُمُ ٱلنَّصْرُ

 “Dan jika mereka meminta pertolongan kepada kamu dalam perkara (menentang musuh untuk membela) agama, maka wajiblah kamu menolongnya” (surah al anfal 72)


Pertolongan, pertolongan wahai sekalian Muslimin, kemenangan, kemenangan wahai sekalian pewaris Anbia’ dan Rasul.

Sesungguhnya telah sampai kepada kamu  berita yang mempamerkan tentang keadaan saudara se-Islam kamu di Gaza yang sedang ditawan dan terseksa sejak lebih 300 hari, kerana panjangnya tempoh keganasaan dan kedegilan para musuh pada hari ini. Pengeboman yang dahsyat, kehilangan  yang memilukan, semua jenis kesakitan yang tidak mampu diungkapkan, kelaparan yang teramat sehingga menyusutkan daging dan membinasakan tubuh badan.

Kemusnahan yang tidak mampu digambarkan, pengepungan demi pengepungan, menyebabkan saudaramu terhalang daripada mendapatkan air, ubat-ubatan, makanan dan elektrik. Mereka dihalau dan terpaksa berhijrah ke tempat-tempat lain. Sesungguhnya ahli Gaza pada setiap hari, bahkan pada setiap jam, mendapat berita penyembelihan saudara mereka tanpa henti sehingga berita yang sebelumnya sudah pun terlupa. Begitu juga musibah-musibah yang dahsyat sentiasa berlaku sehingga tidak sempat difikirkan tentang musibah yang lalu.

Pada serangan Genosid kali ini yang mereka tekad melakukannya, seolah-olah telah dihalalkan segala cara untuk menghapuskan kami, serta dilanggar segala batas dan larangan semata-mata untuk menghapuskan kami, dalam keadaan dunia masih lagi diam membisu dan tertunduk meskipun mereka punya hati nurani, bahkan telah kelihatan sokongan yang jelas terhadap penjajahan dan perluasan kuasa ini, kerana mendapat sumbangan kewangan, kilang persenjataan, sokongan kepakaran dan sokongan ekonomi yang tidak ada tolok bandingnya. Allah taala berfirman,

وَٱلَّذِينَ كَفَرُوا۟ بَعْضُهُمْ أَوْلِيَآءُ بَعْضٍ ۚ إِلَّا تَفْعَلُوهُ تَكُن فِتْنَةٌۭ فِى ٱلْأَرْضِ وَفَسَادٌۭ كَبِيرٌۭ

“Dan orang-orang yang kafir, setengahnya menjadi penyokong dan pembela bagi setengahnya yang lain. Jika kamu (wahai umat Islam) tidak menjalankan (dasar bantu-membantu sesama sendiri yang diperintahkan oleh Allah) itu, nescaya akan berlakulah fitnah (kekacauan) di muka bumi dan kerosakan yang besar.” (surah al anfal 73)

Melihat kepada keadaan pengabaian kaum Muslimin ini, kami belum pernah menyaksikan contoh yang lebih dahsyat berbanding keadaan ini, melainkan yang paling teruk yang pernah berlaku adalah pembunuhan para nabi  dan orang-orang soleh, yang merupakan suatu tindakan luar biasa dan paling rendah akhlaknya secara mutlak.

TIdaklah mereka berdendam dengan kami melainkan kerana kami beriman kepada Allah Yang Maha Kuat dan Maha Terpuji. Tidak ada sebab yang lain melainkan kerana kami mengatakan bahawa tuhan kami  adalah Allah.

Mereka telah mengeluarkan kami dan anak-anak kami daripada tanah air kami sendiri. Maka kami menghadapi cabaran yang berlaku ini sekaligus berpegang dengan firman Allah SWT iaitu وَأَعِدُّوا   yang bermaksud, “Dan persiapkanlah dengan segala kemampuan untuk menghadapi mereka dengan kekuatan yang kamu miliki.” Kami mendirikan kewajiban yang dipertanggungjawabkan kepada kami, mengangkat panji jihad di jalan Allah, dan menempuhi peperangan akidah ini serta mempertahankan keunggulan Islam dan bukannya membawa syubhah seperti yang mereka sangka. Ini adalah sebagai penentangan  terhadap sebuah makhluk yang berjalan di atas muka bumi ini yang paling hina di sisi Allah.

Penentangan ini bukan semata-mata mempertahankan Gaza sahaja, bahkan  ini adalah jihad bagi seluruh ummah yang bercita-cita untuk menghapuskan penjajahan tanah air dan manusia, serta memenangkan masjid Al-Aqsa yang diberkati, yang sedang dicemari oleh kelompok kecil yang hanya menumpang di sini setiap hari. Rasulullah  SAW sangat marah kepada mereka dan mencela mereka sebagai cucu-cucu kera dan khinzir, untuk merendahkan mereka di sisi kaum Muslimin.

Kita mahu membebaskan para tawanan yang sampai sekarang tidak diketahui di manakah mereka dipenjarakan sejak sekian lama. Mereka diseksa oleh musuh pada setiap masa sama ada pagi atau petang, dengan seksaan dan cercaan yang pelbagai. Maka ketika ini, bangkitlah penentangan rakyat Gaza untuk menghadapi kezaliman dan pembunuhan secara perlahan-lahan ini. Gaza sedang dikepung samada di darat, lautan dan udara sejak lebih 17 tahun.

Para ulama’ sekalian..

Sesungguhnya kami di Briged Al-Syahid Izzudin Al-Qassam  dengan secara jelasnya ingin mengingatkan bahawa kita sedang hidup pada hari-hari pengabaian, seperti mana yang telah dikhabarkan tentangnya oleh Nabi Sallallahualaihiwasallam bahawa pengabaian ini dilakukan oleh orang-orang yang dekat dengan kita, yang kita harapkan daripada mereka pertolongan, dan pengaibaian ini bukan pun dilakukan oleh kerajaan, dan bukan juga orang awam kaum muslimin, tetapi sesungguhnya pengabaian ini dilakukan oleh para ulama’ dan para pendakwah seperti kalian. Maka jika bukan kalian, maka siapa lagi? Dan jika bukan hari ini, maka bila lagi?

Ketakutan daripada negara-negara jiran kami (untuk membantu Gaza) tidakpun mengharuskan perbuatan mengabaikan serta tidak mahu mengambil risiko. Maka adakah kami perlu dibiarkan begitu sahaja untuk dibunuh, dikambus, dibakar dan dikurung, manakala para ulama’, pendakwah dan pemikir juga lebih takut untuk menolong kami, memilih untuk berkurung berhari-hari lamanya berbanding keluar untuk menolong saudara se-agama?!

Maka untuk apakah para ulama’, para pendakwah dan para pemikir menyediakan ilmu mereka jika pada diri mereka masih tidak ada kalimah kebenaran pada hari-hari sebegini?!

Para ulama’ yang beramal sekalian,

Hari ini adalah hari untuk beramal dan menterjemahkan ilmu kepada amal. Hari ini adalah hari ujian  dan penilaian, manakala kamulah orang yang menghadapinya. Allah taala berfirman,


إِلَّا تَفْعَلُوهُ تَكُن فِتْنَةٌۭ فِى ٱلْأَرْضِ وَفَسَادٌۭ كَبِيرٌۭ


“Jika kamu (wahai umat Islam) tidak menjalankan (dasar bantu-membantu sesama sendiri yang diperintahkan oleh Allah) itu, nescaya akan berlakulah fitnah (kekacauan) di muka bumi dan kerosakan yang besar.”

Para ulama’ yang berjihad sekalian,

Adakah kamu semua sedang menunggu untuk dikatakan, “ kamu telah menghacurkan Gaza dan telah melenyapkan Islam daripadanya; kerana sesungguhnya jika peperangan ini berterusan dalam tempoh yang lebih panjang, maka demi Allah, akan lenyaplah agama Allah dan hilanglah ajaran Rasulullah daripada terus kekal di tanah  yang megah ini yang juga milik kaum Muslimin.

Sesungguhnya perkara yang kami cita-citakan daripada para ulama’, para pendakwah, dan para pemikir adalah mereka menjadi pemula kepada perjuangan ini. Merekalah yang melawan Jahiliyyah dan menentang keras terhadap kesan-kesan Jahiliyyah tersebut. Merekalah yang mengembalikan semula idea dan contoh-contoh  keunggulan ulama terdahulu yang tidak terkesan dengan sikap pasif dan sikap berdalih-dalih untuk mengambil Rukhsah. Mereka tidak akan membiarkan orang politik mengikat atau mengawal pendirian mereka supaya selari dengan pendirian para penguasa kerajaan, seperti Syeikhul Islam Ibn Taimiyah, Sultanul ‘Ulama’ ‘Izzudin ibn Abdussalam, ulama Al-Azhar seperti Syeikh Umar Abd Rahman, Ibnul Jazair Al-Basyir Al-Ibrahimi, dan juga ‘Allamah Al-Marhum Yusuf Al-Qardhawi, Al-Syahid  Syeikh Izzudin Al-Qassam, Al-Syahid Syeikh Abdullah Azzam, dan Syeikh daripada Gaza seperti Al-Syahid Syeikh Nizar Rayyan. Mereka semua memilih untuk menyertai saf-saf para Mujahidin, mempraktikkan Fiqh kepimpinan dan kemajuan, dan meninggalkan Fiqh yang menyarankan kerehatan dan mengulang-ngulang perkara yang sudah jelas.

Wahai para ulama’ sekalian, wahai pemuka-pemuka dan para pemimpin dunia sekalian,

Sesungguhnya kami sedang menunggu daripada kamu kesatuan yang kukuh, berganding bahu di dalam jihad kamu, sebagai sebuah Risalah yang tinggi, melakukan tindakan yang berterusan, memainkan peranan untuk menjadi pemula kepada pembentukan tentera yang sama kuat dengan musuh dari setiap aspek, samada daripada para pemegang sijil kelayakan tertentu, para penulis, para ilmuwan dan para pempengaruh, untuk membentuk suatu kumpulan khusus yang pakar dan berkebolehan dalam pelbagai aspek, seperti mana cadangan tindakan-tindakan berikut,

1. Menubuhkan kumpulan  yang akan menggalas tugasan di universiti-universiti untuk menyalakan semula isu Palestin dalam kalangan  pelajar-pelajar, mengambil contoh universiti-universiti di barat dan Amerika, yang merancang dengan serius untuk melaksanakan demonstrasi.

2. Melantik pemimpin gerakkan solidariti dengan membawa jutaan orang perarakan di hadapan kedutaan Zionis dan juga wilayah-wilayah yang turut bersatu di dalam perang Genosid, dan hendaklah mereka tidak pulang melainkan sesudah terhentinya peperangan.

3. Memberikan ruang ketika khutbah Jumaat di masjid-masjid dan dataran-dataran untuk menceritakan tentang apakah yang sedang berlaku di masjid Al-Aqsa  dan juga di tebing barat Gaza iaitu penderitaan yang dihadapi serta perang Genosid yang berlaku.

4. Membentuk satu pertubuhan khusus yang terdiri daripada para pakar ekonomi, yang bertujuan untuk memimpin gerakan boikot, dan menyedarkan orang ramai tentang helah musuh yang zalim (supaya orang ramai tetap membeli barangan daripada mereka), serta mencari jalan baharu untuk menghentikan tindakan pembekuan bantuan harta dan kewangan kepada rakyat Gaza.

5. Menubuhkan kumpulan khusus yang pakar untuk menyatukan segala usaha membantu, menyokong, mencintai dan mendorong kesemuanya ke arah Gaza, dalam keadaan Gaza sekarang sedang sangat memerlukan kesemuanya tersebut.

6. Menubuhkan kumpulan khusus yang menggunakan pentas media sosial, untuk menyebarkan dengan cepat tentang penentangan ini dan menghabiskan riwayat penjajahan yang dusta ini. Begitu juga usaha yang memberi perlaburan untuk menyedarkan masyararakat arab dan umat islam seluruh dunia, serta membentuk sebuah kerangka jelas dalam perjuangan ini yang bertepatan dengan Maqasid Syariah, dan meletakkannya di dalam acuan Allah SWT, maka manakah yang lebih baik berbanding acuan Allah?!

Kami memohon tuhan yang maha pemurah dan maha baik agar menuliskan bagi kami dan kamu semua, dan di atas tangan kami dan tangan kamu ketinggian agama, agar berakhirnya penindasan, dan binasanya kezaliman, agar dibebaskan para tawanan, dan semoga disaksikan kami dan kamu dapat menunaikan solat di masjid Al-Aqsa dengan penuh ketinggian dan keamanan, dan semoga Allah menguatkan Islam dengan pertolongan kamu dan kaum muslimin.

Telah termaterai janji ke atas kami untuk terus kekal di sini seperti keadaan sekarang ini, di atas jalan untuk menakluk semula kuasa kami sehingga pembebasan tanah Baitul Maqdis.

Sesungguhnya bagi kami hanya jihad atau mati syahid.

Bridged  Al-Syahid ‘Izzudin Al-Qassam

Gaza-Palestin

Diterjemahkan oleh Ustaz Fitri Adnan, Penyelidik MUIS

Berikut adalah teks asal:


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *