Baitul MaqdisBeritaDunia IslamKenyataan RasmiMalaysiaMinda PengerusiUmumUtama

Rakyat Perlu Sokong Usaha Rawat Rakyat Palestin Cedera

Rakyat perlu menyokong usaha Malaysia memberikan rawatan kepada rakyat Palestin yang cedera. Tindakan ini merupakan suatu usaha memperjuangkan hak asasi manusia warga Palestin.

Malaysia berada di landasan yang betul dan tindakan ini sepatutnya disokong oleh rakyat. Mereka yang membantah usaha terbabit disifatkan seperti buta mata dan hati terhadap jenayah kemanusiaan terburuk dalam sejarah dunia.

Bagi pengguna media sosial, mereka sewajarnya menyokong sebarang usaha membantu rakyat Palestin yang dizalimi dan menggabungkan diri untuk menyokong perjuangan pembebasan Palestin.

Mereka tidak sepatutnya menyebarkan dan menyemarakkan lagi propaganda tidak betul terhadap usaha baik membawa rakyat Palestin yang cedera di negara ini.

Pengguna media sosial seolah-olah bersekongkol dengan kekejaman Israel sekiranya bertindak sedemikian.

SS Dato’ Haji Zamri bin Hashim
Pengerusi,
Muafakat Ilmuan Islam (MUIS)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *