Penjagaan Diri dan Doa-Doa Perlindungan di Akhir Zaman

Akhir zaman merupakan masa yang penuh dengan ujian dan cubaan yang berat bagi umat manusia, terutama bagi mereka yang beriman. Dalam menghadapi berbagai-bagai fitnah dan godaan, umat Islam perlu memperkuat diri baik secara fizikal mahupun spiritual. Salah satu cara yang sangat dianjurkan dalam Islam adalah melalui penjagaan diri dengan mengamalkan doa-doa yang diajarkan oleh Rasulullah SAW.
Pentingnya Penjagaan Diri di Akhir Zaman
Penjagaan diri di akhir zaman tidak hanya mencakup aspek fizikal tetapi juga spiritual. Penjagaan diri merangkumi aspek spiritual, mental, dan fizikal yang penting untuk kekal tenang dan teguh dalam menghadapi pelbagai cabaran. Fitnah yang datang berupa godaan harta, jabatan, ketakutan, mahupun kerosakan moral yang dapat menggoyahkan iman seseorang. Sebagai umat yang beriman, kita perlu bersiap sedia dengan membekali diri kita dengan ilmu, iman yang kuat, dan doa sebagai benteng perlindungan dari segala bentuk keburukan. Antara aspek penting yang mesti diberi perhatian iaitu,
1. Memperkuatkan Aspek Spiritual.
a) Hubungan dengan Allah SWT: Menjalin hubungan yang erat dengan Allah melalui ibadah seperti solat, zikir, dan membaca Al-Quran. Mengenal Allah sebagai pencipta boleh membawa perasaan sayang kita kepada Allah dalam setiap ketaatan kita ,daripada amalan yang kecil sehinggalah besar.
b) Amalan Sunat: Kepentingan amalan sunat seperti solat malam (qiyamullail) dan puasa sunat dalam membina kekuatan rohani. Kesan amalan sunat adalah mendapat kasih sayang Allah yang berpanjangan. Sehingga kita merasa khusyuk dalam melaksanakan ibadah. Kalau dalam ibadah solat, kita dapat merasai ketenangan pada setiap pergerakan, di samping mengekalkan khusyuk sehingga menghadirkan perasaan bahawa bila-bila masa kita boleh dijemput oleh Allah.
c) Memperbanyak Doa Perlindungan: Amalkan doa-doa yang diajarkan oleh Nabi Muhammad SAW untuk memohon perlindungan daripada fitnah Dajjal dan ujian akhir zaman.
2. Menjaga Kesihatan Mental dan Emosional
a) Menghadapi tekanan dan stres: Teknik menguruskan tekanan seperti meditasi Islam (tafakkur) dan zikir untuk ketenangan jiwa. Bertadabbur dengan kejadian alam semesta yang dibawa penerangannya melalui wahyu.
b) Pentingnya Sokongan Sosial: Sentiasa bersama dengan individu yang positif dan menjaga hubungan kekeluargaan yang kuat sebagai sokongan emosi.
c) Pengurusan Emosi dalam Krisis: Latihan pengurusan emosi dengan lebih baik untuk mengelakkan tindak balas yang negatif dalam situasi yang mencabar.
Antara Latihan yang boleh dipraktikkan:
1. Latihan Kesedaran (Mindfulness)
Langkah-langkah:
1. Luangkan masa 5-10 minit setiap hari untuk duduk dalam keadaan tenang.
2. Fokus pada pernafasan anda. Perhatikan udara masuk dan keluar dari hidung.
3. Jika fikiran anda melayang, kembalikan fokus anda kepada pernafasan tanpa menghakimi diri sendiri.
Manfaat: Membantu meningkatkan kesedaran diri dan memberi ruang untuk memberi tindak balas yang lebih tenang terhadap emosi.
2. Latihan Pernafasan Dalam
Langkah-langkah:
1. Duduk dengan selesa dan letakkan tangan di perut.
2. Tarik nafas dalam-dalam melalui hidung selama 4-5 saat, perhatikan perut anda naik.
3. Tahan nafas selama 2-3 saat.
4. Hembus nafas perlahan-lahan melalui mulut selama 6-7 saat.
5. Ulangi selama beberapa minit.
Manfaat: Membantu menenangkan sistem saraf dan mengurangkan rasa marah atau tekanan.
3. Latihan Penulisan Jurnal
Langkah-langkah:
1. Ambil buku nota atau aplikasi jurnal.
2. Luahkan perasaan dan fikiran anda secara terbuka tanpa menilai.
3. Tulis tentang situasi yang menyebabkan anda marah atau kecewa dan bagaimana anda boleh menghadapinya dengan cara yang positif.
Manfaat: Membantu melepaskan emosi yang terpendam dan memberi perspektif yang lebih jelas.
4. Latihan Pemikiran Positif
Langkah-langkah:
1. Ketika berhadapan dengan situasi yang mencabar, kenal pasti pemikiran negatif yang timbul.
2. Gantikan pemikiran negatif dengan pemikiran yang lebih positif atau realistik.
3. Latih diri anda untuk mencari aspek positif dalam situasi yang sukar.
Manfaat: Mengubah cara anda melihat situasi dan mengurangkan tindak balas negatif.
5. Latihan Relaksasi Otot
Langkah-langkah:
1. Duduk atau berbaring dalam posisi yang selesa.
2. Fokus pada satu kumpulan otot (contohnya, tangan) dan ketatkan otot tersebut selama 5-10 saat.
3. Lepaskan ketegangan secara perlahan dan rasa perbezaan antara ketegangan dan kelonggaran.
4. Ulangi dengan kumpulan otot lain (contohnya, bahu, kaki).
Manfaat: Mengurangkan ketegangan fizikal dan emosi serta membantu anda merasa lebih tenang.
3. Kesejahteraan Fizikal sebagai Asas Ketahanan
a) Pemakanan Sihat dan Halal: Kepentingan menjaga diet yang sihat dan halal, mengikut panduan yang ditetapkan dalam Islam. Mempraktikkan amalan berhenti makan sebelum rasa kenyang.
b) Tidur yang Cukup dan Berkualiti: Kepentingan tidur untuk kesihatan mental dan fizikal, serta panduan tidur mengikut sunnah.
Diakhirkan dengan beberapa cadangan doa-doa perlindungan di akhir zaman.
Berusaha untuk memohon doa kepada Allah, sebagai perlindungan dan kekuatan untuk menghadapi godaan serta ujian yang datang di akhir zaman.
1. Doa Memohon Keteguhan Iman
* رَبَّنَا لَا تُزِغْ قُلُوبَنَا بَعْدَ إِذْ هَدَيْتَنَا وَهَبْ لَنَا مِنْ لَدُنْكَ رَحْمَةً إِنَّكَ أَنْتَ الْوَهَّابُ
Artinya: “Ya Tuhan kami, janganlah Engkau jadikan hati kami condong kepada kesesatan setelah Engkau memberi petunjuk kepada kami, dan karuniakanlah kepada kami rahmat dari sisi-Mu; sesungguhnya Engkaulah Maha Pemberi (karunia).” (QS. Ali Imran: 8)
Doa ini sangat penting untuk menjaga agar hati kita tetap berada di atas jalan yang lurus dan tidak tergelincir oleh godaan dan tipu daya dunia.
2. Doa Memohon Perlindungan dari Fitnah Dajjal
* اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنْ فِتْنَةِ المَسِيحِ الدَّجَّالِ
Artinya: “Ya Allah, aku berlindung kepada-Mu dari fitnah Al-Masih Dajjal.”
Fitnah Dajjal merupakan salah satu fitnah terbesar di akhir zaman, dan Rasulullah SAW mengajarkan umatnya untuk selalu memohon perlindungan dari fitnah ini dalam setiap doa mereka.
3. Doa Memohon Keteguhan Hati dalam Ketaatan
* يَا مُقَلِّبَ الْقُلُوبِ ثَبِّتْ قَلْبِي عَلَى دِينِكَ
Artinya: “Wahai Yang Membolak-balikkan hati, teguhkan hatiku dalam agama-Mu.”
Dalam masa yang penuh dengan cubaan, doa ini akan membantu kita untuk tetap konsisten dalam ketaatan dan tidak mudah terpengaruh oleh godaan yang bisa menjauhkan kita dari agama.
4. Doa Memohon Perlindungan dari Kejahatan
* أَعُوذُ بِكَلِمَاتِ اللَّهِ التَّامَّاتِ مِنْ شَرِّ مَا خَلَقَ
Artinya: “Aku berlindung dengan kalimat-kalimat Allah yang sempurna dari kejahatan makhluk-Nya.”
Doa ini merupakan salah satu bentuk perlindungan dari segala macam bahaya dan kejahatan yang bisa menimpa kita, baik itu dari manusia, jin, atau makhluk lainnya.
5. Doa Memohon Perlindungan dari Kesusahan dan Fitnah
* اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنَ الْهَمِّ وَالْحَزَنِ وَأَعُوذُ بِكَ مِنَ الْعَجْزِ وَالْكَسَلِ وَأَعُوذُ بِكَ مِنَ الْجُبْنِ وَالْبُخْلِ وَأَعُوذُ بِكَ مِنْ غَلَبَةِ الدَّيْنِ وَقَهْرِ الرِّجَالِ
Artinya: “Ya Allah, aku berlindung kepada-Mu dari kesedihan dan kesusahan, aku berlindung kepada-Mu dari kelemahan dan kemalasan, aku berlindung kepada-Mu dari sifat pengecut dan kikir, dan aku berlindung kepada-Mu dari tekanan hutang dan penindasan manusia.”
Doa ini sangat baik untuk dipanjatkan agar kita terhindar dari perasaan negatif dan berbagai kesulitan yang bisa menghalangi kita dalam beribadah dan melakukan kebaikan.
6. Doa Memohon Keimanan yang Sempurna
* اللَّهُمَّ آتِ نَفْسِي تَقْوَاهَا، وَزَكِّهَا أَنْتَ خَيْرُ مَنْ زَكَّاهَا، أَنْتَ وَلِيُّهَا وَمَوْلَاهَا
Artinya: “Ya Allah, berikanlah pada jiwaku ketaqwaannya, sucikanlah ia, karena Engkau sebaik-baik Dzat yang menyucikannya. Engkaulah Pelindung dan Penolongnya.”
Keimanan yang sempurna adalah benteng yang kokoh dalam menghadapi segala ujian dan cobaan, terutama di akhir zaman.
Menghadapi akhir zaman memerlukan kesungguhan persiapan yang tidak hanya terbatas pada usaha fizikal, tetapi juga spiritual.
Mengamalkan doa-doa perlindungan yang diajarkan oleh Rasulullah SAW adalah salah satu cara yang efektif untuk memperkuat iman dan mendapatkan perlindungan dari Allah SWT. Dengan izin-Nya, kita akan mampu menghadapi segala cobaan yang datang dan tetap teguh dalam keimanan hingga akhir hayat. Semoga kita semua dilindungi dan diberkahi dengan kekuatan iman yang kuat, serta selalu berada dalam lindungan Allah SWT. Aamiin.
Ustazah Hayati Zari
Penyelidik,
Muafakat Ilmuan Islam (MUIS)