BeritaKenyataan RasmiMalaysiaMinda PengerusiPolitik IslamUmumUtama

Kemerdekaan Hakiki Disulami Tanggungjawab Syarak

Kemerdekaan hari ini perlu dinilai dengan penilaian syarak. Hakikat kemerdekaan tanah air bertitik tolak daripada kemerdekaan keyakinan dan kehendak umat Islam, yang bebas daripada segala ideologi dan budaya yang asing dan bercanggahan dengan nilai agama.

Kebertanggungjawaban atas nikmat kemerdekaan ini menuntut untuk umat Islam sedar bahawa tugas mereka bukan sahaja menjaga identiti dan jatidiri secara peribadi, tetapi memahami bahawa negara ini juga punyai identiti dan jatidiri yang perlu dipertahankan.

Inilah intipati kemerdekaan yang sebenar, apabila umat Islam menyedari bahawa setiap titisan nikmat yang diberi menuntut satu tugasan kesyukuran hingga mereka mampu keluar daripada belenggu hawa nafsu, pembaratan dan penjajahan pemikiran.

“(Mereka yang berhijrah ini) apabila Kami tinggikan kedudukannya di muka bumi ini akan mendirikan solat, menunaikan zakat, menyeru kepada makruf dan mencegah kemungkaran, dan bagi Allah kembalinya segala perkara” – Surah Al-Hajj, ayat 41

Kemerdekaan yang difahami dalam rangka syarak yang benar, akan membawa negara dan tanah air menuju cita-cita kenegaraan yang unggul kerana ia berpaksikan kebenaran, keadilan dan tanggungjawab.

Salam kemerdekaan.

Wallahua’lam bissawaab

Ustaz Ahmad Syamil Mohd Esa
Setiausaha Agung

Muafakat Ilmuan Islam (MUIS)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *