BeritaWanita & Kekeluargaan

Childfree marriage : Isu persoalan kewujudan (existential question) yang gagal difahami dengan baik

Siapakah kita?
Kenapa kita wujud di sini?
Ke mana kita akan pergi?
Apakah peranan kita di alam ini?

Persoalan-persoalan ini jika dijawab dengan baik, akan membuahkan pelbagai penyelesaian kepada persoalan-persoalan lain, berbentuk makna kehidupan, kemajuan, dan falsafah kebahagiaan.

Persoalan kewujudan hakikatnya bukanlah mampu dijawab dengan hukum-hakam fiqh secara juz’ie, kerana perkara juz’ie itu mudah di-halal-kan dengan sekelumit sebab dan jalan kira yang rasional.

Persoalan kewujudan berdiri atas satu tasawwur dan konsep kehidupan yang berasaskan hubungan manusia dengan Tuhan, dan hubungan manusia sesama alam.

Gagal menjawab persoalan kewujudan, akan menatijahkan jawapan-jawapan yang mungkin dilihat rasional dan syar’ie, tetapi ia tetap tidak dapat lari bahawa ia sedang bergerak bertentangan dengan tabiat kewujudan yang ia sedang hidup di dalamnya.

Semakin lama ia gagal dalam persoalan ini, semakin terhakis padanya sifat kemanusiaannya yang sebenar, yang menjadi pemain utama dalam kewujudan ini.

“Ketahuilah bagi-Nya itu penciptaan dan peng-arah-an, Maha Suci Allah, Tuhan sekalian alam” – Surah Al-A’raaf, ayat 54

Wallahua’lam bissawab.

Ustaz Ahmad Syamil bin Mohd Esa
Setiausaha Agung
Muafakat Ilmuwan Islam

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *