Aidiladha 1445H : Ibrah Perjuangan Ibrahim a.s Terhadap Kerajaan Namrud
- Aidiladha sepatutnya disambut tanpa mengasingkan falsafah perjuangan pertembungan antara hak dan batil.
- Pasukan haq diketuai oleh Nabi Ibrahim a.s dengan penyokongnya yang sangat terhad.
- Pasukan batil dikepalai oleh Raja Namrud dengan disokong oleh kuasa, pengaruh dan bilangan penyokong yang ramai.
- Mengenang peristiwa korban yang sinonim dengan kesanggupan Nabi Ibrahim a.s menyembelih anakandanya Ismail a.s hendaklah jangan dipisahkan dengan kisah pertembungan Nabi Ibrahim dan Namrud.
- Pemimpin yang mempunyai kekuatan peribadi yang luar biasa, disokong pula oleh lingkungan keluarga yang sama-sama mengimani perjuangan ketua keluarga seperti yang telah dibuktikan oleh Aali Ibrahim (keluarga Ibrahim a.s) telah berjaya mencabar tamadun serta cengkaman syirik dan jahiliah Namrud serta kerajaannya.
- Rantaian perjuangan ini terzahir untuk dilihat serta dianalisa dan sepatutnya ia dicemburui oleh kita menerusi perjuangan para mujahidin di bumi P@1estin yang terjajah.
- Mereka berjuang untuk membebaskan kiblat pertama dan masjid ke-tiga termulia di atas muka bumi ini dengan kekentalan iman yang luar biasa, dengan jumlah dan kekuatan tentera yang sangat sederhana tatkala negara dan penguasa di sekeliling mereka terus mengkhianati mereka, tatkala jutaan Muslimin sedang menunaikan fardhu haji.
Dato Haji Zamri bin Hashim
Pengerusi,
Muafakat Ilmuan Islam (MUIS)