IlmiahKolumnisUmum

Sya’ir Ahmad Syauqi: Hampir-hampir seorang guru menjadi seorang Rasul


1.Syair tersebut adalah petikan sebuah qasidah yang ditulis oleh seorang penyair agung di Mesir iaitu Amirul Syu’ara’ Ahmad Syauqi (meninggal tahun 1932M) yang telah beliau dendangkan di نادي مدرسة المعلمين العليا  yang bertempat di mesir. Berikut teks penuh syairnya ,

قُم لِلمُعَلِّمِ وَفِّهِ التَبْجِيْلًا … كادَ المُعَلِّمُ أَن يَكونَ رَسُوْلًا

“Sambutlah Sang Guru, dan berikan penghormatan untuknya Hampir-hampir seorang guru menjadi seorang Rasul (atau menyamai fungsi dan kedudukannya’

أَعَلِمْتَ أَشرَفَ أَو أَجَلَّ مِنَ الَّذِيْ … يَبْنِيْ وَيُنشِئُ أَنفُسًا وَعُقُوْلًا

“Tahukah engkau ada orang yang lebih mulia dan lebih agung dibanding orang yang membangun dan membina jiwa-jiwa dan akal?”

سُبحانَكَ اللَهُمَّ خَيرَ مُعَلِّمٍ … عَلَّمتَ بِالقَلَمِ القُرونَ الأولى

“Mahasuci Engkau Ya Allah, Engkaulah Pendidik dan Pengajar terbaik Engkau mengajarkan dengan Pena semenjak kurun yang pertama.”

أَخرَجْتَ هَذَا العَقْلَ مِنْ ظُلُمَاتِهِ … وَهَدَيْتَهُ النُّوْرَ المُبِيْنَ سَبِيْلًا

“Engkau mengeluarkan akal dari kegelapan (yang menyelubungi)-nya dan Engkau memberinya cahaya petunjuk sebagai jalan.”

وَطَبَعْتَهُ بِيَدِ المُعَلِّمِ تارَةً … صَدِئَ الحَدِيْدُ وَتَارَةً مَصْقُوْلًا

“Engkau mencetak (generasi) melalui tangan seorang guru, yang terkadang telah menjadi besi berkarat, dan terkadang telah dipoles.”

أَرْسَلتَ بِالتَوْرَاةِ مُوْسَى مُرْشِدًا … وَابْنَ البَتُوْلِ فَعَلَّمَ الإِنْجِيْلًا

“Engkau mengutus Musa dengan Taurat sebagai pembimbing demikian pula Putra Sang Perawan (‘Isa ‘alaihissalam) yang mengajarkan Injil.”

وَفَجَّرَتَ يَنبُوْعَ البَيَانِ مُحَمَّداً … فَسَقَى الحَدِيْثَ وَنَاوَلَ التَنْزِيْلًا

“Dan Engkau semburkan mata air wahyu bagi Muhammad r lantas ia menuangkan hadits (dengan mengajarkannya) dan menyampaikan al-Qur’an.”[3]

-Terjemahan oleh Abu Ziyan.

2.Intipati daripada petikan bait syair tersebut, mengandungi makna yang sangat besar. Apabila kita mengamati tentang peranan seorang guru itu, maka kita akan dapati banyak persamaan di antara tugas seorang Rasul dan seorang guru.


Risalah yang dimaksudkan di sini adalah risalah ilmu dan akhlak.Selagi mana para guru berjalan di atas manhaj tersebut, maka mereka berkongsi tentang makna kerasulan tersebut.Dan tentunya makna kerasulan di sini hanyalah Majazi( kiasan) sahaja, iaitu hampir menyamai peranan seorang rasul, yang menyampaikan risalah.

3.Guru yang paling baik tentunya ialah Rasulullah SAW. Jika kita ingin menjadi pewaris nabi, pilihlah jalan ilmu beserta memuliakan ahlinya!

Daripada Abi al-Darda’ RA berkata, aku mendengar Nabi SAW bersabda:

وَإِنَّ الْعُلَمَاءَ وَرَثَةُ الْأَنْبِيَاءِ، وَإِنَّ الْأَنْبِيَاءَ لَمْ يُوَرِّثُوا دِينَارًا، وَلَا دِرْهَمًا وَرَّثُوا الْعِلْمَ، فَمَنْ أَخَذَهُ أَخَذَ بِحَظٍّ وَافِرٍ

Maksudnya: “Sesungguhnya ulama’ adalah pewaris para nabi. Sesungguhnya para nabi tidak mewariskan dinar atau dirham. Akan tetapi mereka mewariskan ilmu, maka barangsiapa yang mengambil warisan tersebut, maka dia telah mengambil bahagian yang banyak”. [Riwayat Abu Daud (3641)][Syeikh al-Arna’out menghukum hadith ini sebagai hasan dengan syawahidnya]

4. Banyak buku yang menarik yang menceritakan tentang perihal guru dan dunianya, tapi ada sebuah buku yang saya sarankan untuk baca adalah sebuah karangan Syeikh Abdul Fattah Abu Ghuddah( wafat 1417H) iaitu “الرسول المعلم و أساليب التعليم ”   atau Rasulullah Seorang Guru dan Metode Pengajarannya’. Tak silap sudah banyak diterjemahkan dalam bahasa Melayu. Penulis telah menyenaraikan 40 cara atau metode Rasulullah mengajar, beserta hadith-hadith dan juga komentar beliau sendiri. Sangat baik jika kita dapat aplikasikan sunnah baginda yang mulia di dalam pengajaran dan pembelajaran.

Ustaz Fitri Adnan
Penyelidik MUIS

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *