Menyokong produk genosid secara terang ibarat tidak hormat sensitiviti masyarakat dan nilai kemanusiaan
Tidak makan atau berbelanja di tempat yang mendanai genosid adalah sebuah usaha murni untuk menjaga senstiviti masyarakat dunia yang sedang bersedih dengan keadaan bumi P4lestin yang sedang disimbah darah. Hakikatnya, masyarakat dunia pada hari ini sudah merasa buntu dan mati akal, memikirkan tentang cara apa lagikah yang boleh dilakukan untuk membela rakyat P4lestin, kecuali satu-satunya usaha yang mampu dilakukan iaitu memboikot semua syarikat yang ada hubugan dengan pendanaan tentera Z10nis laknatullah.
Disebabkan usaha boikot adalah satu-satunya cara untuk melumpuhkan tentera Z10nis, maka sebarang tindakan atau usaha yang membantu syarikat Isr4el pula adalah dilihat seolah-olah sedang mencabar sensitiviti masyarakat atau Umat Islam secara terang-terangan, khususnya terhadap isu pembantaian di P4lest1n.
Usaha boikot ini bukanlah sebuah stratergi yang asing di dalam jihad menentang musuh. Jika kita merujuk kembali sirah dan lipatan sejarah, Rasulullah SAW pernah mengenakan tekanan ekonomi terhadap Quraysh yang menzalimi Islam. Ketika Quraysh mendustakan Rasulullah SAW dan memerangi Islam, baginda berdoa kepada Allah SWT supaya Quraysh diuji dengan kekeringan sumber dan tekanan ekonomi sehingga ia benar-benar memberikan tekanan kepada Quraysh. Baginda Nabi SAW berdoa:
اللهم أعني عليهم بسبع كسبع يوسف . فأصابتهم سنة حصدت كل شيء حتى كانوا يأكلون الميتة
“Ya Allah, bantulah daku dengan menimpakan sesuatu ke atas Quraysh seperti kemarau tujuh tahun yang menimpa kaum Nabi Yusuf. Maka Quraysh ditimpa tahun kemarau sehingga mereka terpaksa memakan bangkai.” (HR al-Bukhari).
Dalam konteks negara kita, jelas bahawa kuasa membeli adalah sentiasa berada ditangan kita. Selain itu juga, majoriti pembeli adalah orang Islam yang sentiasa menyokong perjuangan pembebasan P4lest1n. Maka jihad ekonomi menjadi alternatif kepada umat Islam sekarang yang terkadang hanya mampu menyaksikan dari jauh saudara mereka sedang dibunuh dengan kejam oleh musuh.
Usaha memboikot syarikat-syarikat yang mendanai tentera Z10nis mestilah diteruskan. Ia adalah usaha yang baik dalam membantu saudara Islam kita di sana. Jangan pula terperdaya dengan hasutan atau kritikan yang mengelirukan dengan menyatakan ini adalah kempen yang sia-sia malah langsung tidak memberi kesan kepada ekonomi pihak musuh, sedangkan ini adalah usaha murni kita untuk membantu saudara kita di sana.
Ustaz Wan Muhammad Fitri bin Wan Adnan
Penyelidik, Muafakat Ilmuan Islam