Baitul MaqdisDunia Islam

Kita dari kelomok yang mana?

وَلَوۡ یَشَاۤءُ ٱللَّهُ لَٱنتَصَرَ مِنۡهُمۡ وَلَـٰكِن لِّیَبۡلُوَا۟ بَعۡضَكُم بِبَعۡضࣲۗ
وَٱلَّذِینَ قُتِلُوا۟ فِی سَبِیلِ ٱللَّهِ فَلَن یُضِلَّ أَعۡمَـٰلَهُمۡ }
[Surah Muḥammad: 4]
Dan sekiranya Allah menghendaki, tentulah Ia membinasakan mereka (dengan tidak payah kamu memeranginya); tetapi Ia (perintahkan kamu berbuat demikian) kerana hendak menguji kesabaran kamu menentang golongan yang kufur ingkar (yang mencerobohi kamu). Dan orang-orang yang telah berjuang serta gugur syahid pada jalan Allah (mempertahankan ugamanya), maka Allah tidak sekali kali akan mensia-siakan amal-amal mereka.

  1. Ayat ini membongkar salah satu sebab mengapa seolah-olah kemenangan itu lambat dianugerahkan oleh Allah kepada umat mukmin dan balasan-Nya yang setimpal dengan kezaliman yang diluar batas kemanusiaan seperti yang berlaku di Pal4stin3 .
  2. Makin lama balasan-Nya di dunia ditangguhkan oleh-Nya, maka jenayah Zioni5  semakin terperinci diketahui oleh dunia akan jenayah yang mereka lakukan. Buktinya semakin lama perang ini berlangsung, maka masyarakat dunia semakin memencilkan negara haram itu. Para mahasiswa seluruh dunia telah bangkit, ICJ dilibat uruskan dan semakin banyak negara akan mengiktiraf negara Pal4stin3.
  3. Semakin lama perang ini, semakin terserlah golongan-golangan munafiqin di kalangan orang-orang Islam. Golongan yang beridentitikan Muslim tetapi hati-hati mereka bersama pihak musuh. Talam dua muka dan lidah bercabang. Melemahkan semangat jihad dan solidariti umat bersama perjuangan menebus maruah umat Islam.
  4. Semakin lama perang ini berlarutan,  maka semakin terserlah golongan al-munqolibin (orang yang berpatah balik hatinya) dari menyokong perjuangan mulia ini beralih menyokong pihak yang menzalimi dan merampas tanah air umat Islam.
  5. Semakin lama perang ini berlangsung, akan tercatat dan diketahui umum betapa hebatnya para mujahidin, para murobitin, para muayyidin dan para sobirin. Semakin ramai akan tercatat sebagai syuhada’, yang dicemburui oleh orang-orang beriman.
  6. Semakin lama perang ini berlangsung, sebenarnya ujian sesama kita, di kelompok mana kita berdasarkan huraian di atas.

Mereka yang ” hidup ” bersama isu ini sahaja yang dapat merasai bahawa Ia sedang diuji.

Dato Haji Zamri bin Hashim
Pengerusi Muafakat Ilmuan Islam

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *