Isu Bruce Gilley : Waspada dengan Proksi Zionis

Kenyataan rasmi MUIS berkaitan isu jemputan Bruce Gilley sebagai tetamu undangan di Universiti Malaya
- Muafakat Ilmuan Islam (MUIS) kesal dengan tindakan pihak Universiti Malaya yang telah menjemput seorang tokoh luar yang diketahui latar belakangnya sebagai penyokong kepada genosid di Gaza secara terang-terangan.
- MUIS menyeru agar semua pihak lebih berhati-hati ketika menjemput mana-mana tokoh luar sebagai penceramah di mana-mana institusi pendidikan.
- Pada 27 Januari 2024 yang lalu, tentera Israel secara rasminya telah memusnahkan universiti terakhir yang bertahan iaitu Universiti Israa di selatan Bandar Gaza. Justeru, orang yang menyokong pemusnahan semua Universiti di Gaza adalah tidak sepatutnya diberi ruang untuk bercakap di universiti-universiti di Malaysia.
- MUIS juga menyeru kepada semua pihak agar berwaspada dengan agenda terancang proksi zionis di negara ini yang wujud di pelbagai tempat dalam berbagai bentuk.
- MUIS menyeru agar sokongan kepada perjuangan Palestin khususnya di Gaza diteruskan, dan segala tindakan yang bertentangan dianggap sebagai satu pengabaian kepada hak saudara seislam kita di Palestin.
Muafakat Ilmuan Islam (MUIS)