BeritaKolumnisMalaysiaUmum

HENTIKAN VIDEO JIJIK HARI RAYA

  1. Hari Raya merupakan salah satu hari kebesaran dalam Islam. Rasulullah menjelaskan bahawa hari raya merupakan anugerah Allah kepada umat Islam menggantikan perayaan dalam tradisi jahiliah. Sabda Rasulullah:

ุฅูู†ู‘ูŽ ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ูŽ ู‚ูŽุฏู’ ุฃูŽุจู’ุฏูŽู„ูŽูƒูู…ู’ ุจูู‡ูู…ูŽุง ุฎูŽูŠู’ุฑู‹ุง ู…ูู†ู’ู‡ูู…ูŽุง ูŠูŽูˆู’ู…ูŽ ุงู„ู’ุฃูŽุถู’ุญูŽู‰ ูˆูŽูŠูŽูˆู’ู…ูŽ ุงู„ู’ููุทู’ุฑู

โ€œSesungguhnya Allah telah menggantikan bagi kamu hari yang lebih baik dari (perayaan jahiliah terdahulu) iaitu Hari Adha dan Hari Raya Aidil Fitri.โ€ (HR Abu Daud)

  1. Sungguh malang buat umat ini apabila hari kebesaran dalam mengingati Allah ini dicemari dengan video raya yang jijik lagi memualkan. Malah video tersebut seakan mengembalikan semula elemen jahiliah setelah Allah kurniakan keindahan Islam buat kita.
  2. Lebih malang lagi yang mempersembahkannya pula seakan-akan orang Islam itu sendiri. Sedangkan seorang mukmin itu sepatutnya sensitif dengan perkara kemungkaran. Rasulullah pernah memberikan indikator yang mudah tentang kerosakan hati manusia. Suatu hari, seorang sahabat bertanya kepada Rasulullah ๏ทบ:

ู…ูŽุง ุงู„ู’ุฅููŠู…ูŽุงู†ูุŸ ู‚ูŽุงู„ูŽ: ุฅูุฐูŽุง ุณูŽุฑู‘ูŽุชู’ูƒูŽ ุญูŽุณูŽู†ูŽุชููƒูŽุŒ ูˆูŽุณูŽุงุกูŽุชู’ูƒูŽ ุณูŽูŠู‘ูุฆูŽุชููƒูŽ ููŽุฃูŽู†ู’ุชูŽ ู…ูุคู’ู…ูู†ูŒ

Wahai Rasulullah, apakah yang dimaksudkan dengan iman? Rasulullah ๏ทบ menjawab: Sekiranya engkau merasa tenang dengan amal solehmu dan engkau tidak selesa (sensitif) dengan kemungkaran yang kamu lakukan, maka sesungguhnya kamu adalah orang yang beriman.โ€ (HR Ahmad dan Nasaiโ€™e)

  1. Hadis ini menggambarkan bahawa salah satu ciri orang yang beriman adalah mereka sensitif dengan kemungkaran yang berlaku. Apabila mereka melihat kemungkaran, hati dan jiwa seorang mukmin seharusnya berasa tidak tenang.
  2. Sebagai seorang mukmin, kita seharusnya membenci perkara-perkara yang menjijikkan seperti ini. Jauhi dari memberikan perhatian yang salah terhadap mereka yang mencarinya. Barangkali sudah sampai masanya untuk pihak berkuasa mengenakan tindakan terhadap video-video yang mencemar kesucian agama ini.

Semoga Allah membimbing umat ini.

Dr. Ahmad Sanusi Azmi

Timbalan Pengerusi

Muafakat Ilmuan Islam (MUIS)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *