BeritaKenyataan RasmiMalaysiaUmumUtama

MAJLIS KHATAM AL QURAN DAN TOLERANSI KAUM.

MAJLIS KHATAM AL QURAN DAN TOLERANSI KAUM.

1. Majlis khatam  Al-Quran secara mudahnya difahami sebagai satu majlis membaca Al-Quran khususnya surah-surah di juzuk terakhir di dalam Al-Quran, serta diiringi dengan bacaan doa sebagai tanda kesyukuran kerana berjaya menghabiskan bacaan 30 juzuk al Quran.

3. Ia hanya melibatkan orang Islam sahaja.

4. Jika ia melibatkan murid-murid sekolah , aktiviti ini selaras dengan falsafah pendidikan negara dan sesuai dengan silibus pendidikan Islam. Bahkan selari dengan perlembagaan negara yang meletakkan Islam sebagai agama negara.

5. Orang bukan Islam tidak perlu bimbang dan prejudis dengan program ini kerana ia tidak mengandungi apa-apa unsur permusuhan kaum ataupun provokasi, bahkan di dalam program itu, peserta akan membaca satu surah yang bernama surah ” Al-Kaafiruun ” bermaksud surah orang kafir yang mengandungi pernyataan tegas berkenaan menjaga hal ehwal agama masing-masing tanpa perlu campur tangan urusan agama orang lain. Sila rujuk ayat ke 6 surah 109 di dalam Al-Quran ( Surah Al-Kafirun)

6. Sikap orang-orang Islam yang tidak memusuhi orang bukan Islam tanpa alasan yang kukuh ini adalah arahan dari al Quran sendiri.

7. Maka apakah alasan untuk menghalang majlis khatam Al-Quran untuk diadakan? Ia menafikan toleransi kaum di tanah air tercinta ini.

Dato’ Haji Zamri bin Hashim

Pengerusi Majlis Ulama Isma (MUIS)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *