Kenyataan Rasmi MUIS Berkenaan Penganjuran Konsert Coldplay
- Majlis Ulama ISMA (MUIS) mengecam dengan keras penganjuran konsert Coldplay yang bakal dianjurkan pada minggu depan di Bukit Jalil, Kuala Lumpur.
- Penganjuran konsert yang dibawa khas daripada luar ini, apatah lagi terpalit dengan tohmahan menyokong arus songsang LGBT, pada waktu peperangan yang sedang berlaku di Gaza, yang telah meragut ribuan nyawa umat Islam, adalah sangat bertentangan dengan nilai agama dan persaudaraan sesama Islam.
- MUIS meminta agar semua umat Islam tidak terlibat dengan penganjuran konsert ini, dan MUIS mengingatkan bahawa kelalaian mereka terhadap apa yang sedang berlaku di Palestin adalah suatu dosa pengabaian yang akan dipersoalkan kelak.
- MUIS meminta agar pihak berwajib membatalkan konsert ini, bagi menghormati perasaan kesedihan dan simpati terhadap saudara kita di Palestin yang sedang dibom dan diserang, hingga melibatkan lebih 11 ribu nyawa yang terkorban.
- MUIS menggesa semua pihak agar tidak berlepas diri daripada tanggungjawab membantu dan menolong saudara seislam di Palestin, melalui semua aspek terutamanya doa, sumbangan dan sebaran keprihatinan kepada seluruh masyarakat.
SS Dato Hj Zamri bin Hashim
Pengerusi MUIS