Minda PengerusiUmumUtama

Seruan buat semua pemimpin Islam !

Merujuk kepada perkembangn terkini pada konflik Palestin, ucapan tahniah ditujukan atas pendirian dan kenyataan Ulama Azhar yang dilihat mendahului pemimpin Negara Arab, dengan jelas menunjukkan pendirian tegas terhadap perkembangan terbaru dibumi jihad tersebut.

Kita semua turut senada dgn kenyataan tersebut dan mendesak agar lebih banyak pihak dan pemimpin dunia bersuara menyatakan sokongn agar berlaku keadilan sepenuhnya kpd perjuangan rakyat Palestin. Tindakan kebinatangan negara haram Israel yang memotong semua sumber kehidupan ke Gaza perlulah dihentikan segera dengan penyatuan semua negara-negara Islam sama ada melalui tekanan politik, ekonomi bahkan ketenteraan jika keadaan semakin mendesak.

Semua umat Islam sebagai umat yang satu, bersegeralah memberikan bantuan kepada perjuangan Palestin melalui doa-doa kita d mihrab, saling menyebarkan kempen kesedaran isu Palestin dan juga sumbangan-sumbangan kewangan melalui badan-badan yg berwibawa seperti Aman Palestin dan lain-lain.

Dato Zamri b Hashim

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *