Ucapan Takziah atas pemergian Dr.Soberi daripada Setiausaha KL Summit
Sidang Kemuncak Kuala Lumpur (KL Summit) merakamkan ucapan takziah atas pemergian Timbalan Pengerusi Majlis Ulama ISMA (MUIS), Ustaz Dr Mohd Soberi Awang yang meninggal dunia akibat serangan jantung, pagi Ahad.
Allahyarham yang juga Pensyarah Fakulti Syariah dan Undang-Undang USIM disahkan meninggal dunia kira-kira jam 7.55 pagi semalam ketika menyampaikan kuliah Subuh di Surau Al-Ittihadiyyah, Seksyen 9, Shah Alam.
Setiausaha Agung KL Summit, Dr Abdel Razak Makri berkata, pihaknya mengucapkan takziah kepada seluruh keluarga Allahyarham dan pertubuhan Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA).
“Kita mendoakan kepada Allah supaya mengurniakan limpahan rahmat ke atas Allahyarham dan memasukkannya ke dalam Syurga bersama para Nabi, Syuhada dan orang soleh.
“Semoga keluarganya dikurniakan kesabaran dan ketenangan yang tinggi. Kita milik Allah dan kepadaNya kita kembali,” katanya dalam satu kenyataan.
KL Summmit ini adalah platform antarabangsa untuk pemimpin, intelektual dan cedekiawan Muslim dari seluruh dunia berbincang mengenai isi-isu yang timbul di dunia Islam. Lebih daripada 80 pemikir telah berjaya dikumpulkan dari lebih 14 buah negara Islam, diadakan buat pertama kalinya pada November 2014, merupakan hasil idea mantan Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA), Ustaz Abdullah Zaik Abdul Rahman.