Kenyataan RasmiMalaysia

Pengajaran Hadis 40 Adalah Bersifat Sejagat, Menepati Aspirasi Kenegaraan

Majlis Ulama ISMA (MUIS) berpandangan bahawa inisiatif kerajaan dalam memperkenalkan pengajaran hadis 40 Imam Nawawi ke sekolah-sekolah agama menengah dan semua sekolah di bawah KPM pada masa akan datang sebagai suatu usaha yang positif dalam usaha meningkatkan syakhsiah dan pemikiran pelajar melalui kerangka hadis Nabi SAW.

MUIS melihat usaha ini penting bagi menzahirkan bahawa ajaran Islam adalah ajaran yang bersifat sejagat dan universal, bersesuaian dengan perutusan Rasulullah SAW adalah sebagai rahmat kepada sekalian alam. Di samping itu, ia juga sebagai langkah menyebarkan pengajaran dan intipati kandungannya yang positif kepada semua lapisan masyarakat, termasuklah masyarakat berlainan agama.

MUIS menyeru pihak-pihak tertentu untuk bersikap positif dan terbuka dalam menanggapi perkara ini, kerana hakikatnya inisiatif ini menepati aspirasi kenegaraan yang beridentitikan negara Islam.

MUIS juga menyarankan agar semua agama yang diamalkan di Malaysia membuktikan bahawa pengamalan agama mereka tidak menolak atau tertutup dalam menerima identiti kenegaraan Malaysia yang berdiri atas tunggak agama Islam dan orang Melayu serta sistem beraja yang telah dibina sekian lama.

Wallahua’lam bissawaab

Dato’ Hj Zamri bin Hashim
Pengerusi MUIS

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *