Kematian terindah yang dicemburui, perginya seorang Murabbi – Ustazah Asma’ Harun
KEMATIAN TERINDAH YANG DICEMBURUI, PERGINYA SEORANG ULAMAโ MURABBI DALAM DAKWAH DAN AKADEMIK SAAT MENYAMPAIKAN KULIAH. TAKZIAH DIUCAPKAN BUAT SELURUH KELUARGA ALLAHYARHAM DR MOHD SOBERI AWANG ๐ข
ุฅููููุง ููููููู ููุฅููููุง ุฅููููููู ุฑูุงุฌูุนูููู
Maksudnya: โSesungguhnya kami adalah milik Allah dan kepada-Nya kami dikembalikan.โ
Allahuakbar, sebak sungguh saat mendengar perkhabaran tentang pemergian Allahyarham Dr Mohd Soberi Awang yang telah pergi menemui ilahi pada jam 7.55 pagi bersamaan 11 Muharam 1445H saat Allahyarham sedang memberi kuliah Subuh di Surau Al-Ittihadiyyah Seksyen 9, Shah Alam pagi tadi.
Paling menggetarkan jiwa bila mengamati ayat al-Quran terakhir yang Allahyarham lafazkan sebelum meninggal dunia adalah dari Surah Ibrahim, ayat 48.
ููููู
ู ุชูุจูุฏูููู ุงููุฃูุฑูุถู ุบูููุฑู ุงููุฃูุฑูุถู ููุงูุณููู
ูุงููุงุชู
โAllah kata pada hari yang mana bumi dan langit ditukar habis. Allah tukar kesemuanya. Bermakna bumi Mahsyar ini Allah tukar.
ููุจูุฑูุฒููุง ููููููู ุงููููุงุญูุฏู ุงูููููููุงุฑู
Maka mereka keluar berhimpun menghadap Allah.โ
Kemudian memohon maaf kepada jemaah yang hadir dan nyatakan Allah uji sakit dada sejak 5 hari lepas.
Kemudian ucapannya yang terakhir ialah “Allah subhanahu wa ta’alaโฆ”, sebelum tidak sedarkan diri dan menghembuskan nafasnya yang terakhir. Semoga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas roh almarhum.
Pemergian Allahyarham adalah bukti Allahyarham pergi dalam keadaan Husnul Khatimah (Pengakhiran yang Baik) begitu juga kebaikan Allahyarham disebut-sebut oleh Sahabat dan Para Pelajarnya sehingga kini.
Didoakan moga sesiapa yang sahaja yang telah pergi mengadap Ilahi dikurniakan Allah Husnul Khatimah, diampunkan segala dosa yang telah lalu dan tergolong dalam kalangan orang-orang yang beramal soleh serta para Syuhada’.
Allahyarham dijemput ilahi semasa sedang menyampaikan ilmu, sebagaimana sabda Nabi SAW bersabda:
ู
ููู ููุงูู : ููุง ุฅููููู ุฅููููุง ุงูููููู ุงุจุชูุบูุงุกู ููุฌููู ุงูููููู ุ ุฎูุชูู
ู ูููู ุจููุง ุฏูุฎููู ุงููุฌููููุฉู ุ ููู
ููู ุตูุงู
ู ููููู
ูุง ุงุจุชูุบูุงุกู ููุฌููู ุงูููููู ุฎูุชูู
ู ูููู ุจููุง ุ ุฏูุฎููู ุงููุฌููููุฉู ุ ููู
ููู ุชูุตูุฏูููู ุจุตูุฏูููุฉู ุงุจุชูุบูุงุกู ููุฌููู ุงูููููู ุฎูุชูู
ู ูููู ุจููุง ุ ุฏูุฎููู ุงููุฌููููุฉู โ
Maksudnya: Barangsiapa yang mengucap โLaa ilaaha illallahโ ikhlas kerana mencari keredhaan dia Allah SWT, dan diakhiri hayatnya dengan perkara tersebut nescaya dia akan masuk Syurga. Barangsiapa yang berpuasa pada suatu hari kerana ingin mencari keredhaan Allah SWT, dan diakhiri hayatnya dengan perkara tersebut nescaya dia akan masuk Syurga. Barangsiapa yang bersedekah ikhlas kerana Allah SWT kemudian dia meninggal dunia, maka dia akan masuk Syurga.โ
(HR Ahmad)
Inilah satu kematian yang sangat dicemburui kerana terpilih untuk menghadap Pencipta pada saat yang sangat baik. Semoga Allahyarham ditempatkan bersama orang-orang yang beriman, para syuhadaโ dan muttaqin di SyurgaNya yang abadi. Allahumma aamiin.
SAHABAT,
Kehilangannya bukanlah kehilangan yang biasa, tetapi ia sungguh memberi kesan buat kita semua. Menghidupkan jiwa hamba-hambaNya.
Bahkan Nabi Muhammad SAW bersabda:
ุฅูููู ุงูููููู ูุงู ููููุจูุถู ุงููุนูููู
ู ุงููุชูุฒูุงุนูุง ููููุชูุฒูุนููู ู
ููู ุงููุนูุจูุงุฏู ูููููููู ููููุจูุถู ุงููุนูููู
ู ุจูููุจูุถู ุงููุนูููู
ูุงุกู ุญูุชููู ุฅูุฐูุง ููู
ู ููุจููู ุนูุงููู
ูุง ุงุชููุฎูุฐู ุงููููุงุณู ุฑูุกูููุณูุง ุฌููููุงูุงู ููุณูุฆููููุง ููุฃูููุชูููุง ุจูุบูููุฑู ุนูููู
ู ููุถูููููุง ููุฃูุถูููููุง
Maksudnya: โSesungguhnya Allah SWT tidak menghapus ilmu pengetahuan dengan cara mengambil sekaligus daripada hamba-hamba-Nya. Tetapi Allah SWT menghapus ilmu pengetahuan itu dengan kematian ulama sehingga tiada lagi orang yang alim. Ketika itu, orang ramai melantik ketua-ketua mereka dalam kalangan orang yang jahil dan apabila mereka ditanya, mereka memberi fatwa dengan sewenang-wenangnya tanpa berpandukan ilmu pengetahuan. Maka, mereka sesat lagi menyesatkan.โ
(Muttafaqun Alaih, hadis sahih)
SAHABAT,
Mari bersama kita mendoakan agar Allahyarham Dr Mohd Soberi Awang dan seluruh umat Islam yang telah kembali kepada Yang Maha Pencipta mendapat keampunan dan rahmat Allah SWT.
ุงูููููู
ูู ุงุบูููุฑููููู ููุงุฑูุญูู
ููู ููุนูุงูููู ููุงุนููู ุนููููู
Maksudnya: “Ya Allah, ampunilah dia, rahmatilah dia, kurniakanlah kesejahteraan kepadanya dan ampunkanlah dia.”
ููุงูููุฑูู
ู ููุฒููููู ููููุณููุนู ู
ูุฏูุฎููููู ููุงุบูุณููููู ุจูุงููู
ูุงุกู ููุงูุซููููุฌู ููุงููุจูุฑูุฏู ููููููููู ู
ููู ุงููุฎูุทูุงููุง ููู
ูุง ูููููููู ุงูุซููููุจู ุงููุงูุจูููุถู ู
ููู ุงูุฏููููุณู
Maksudnya: “Dan muliakanlah kedatangannya, luaskanlah tempatnya. Mandikanlah dia dengan air salji lagi sejuk. Bersihkanlah dia dari segala kesalahan sebagaimana Engkau bersihkan baju putih dari kotoran.”
ุงูููููููู
ูู ุงุฌูุนููู ููุจูุฑููู ุฑูููุถูุฉู ู
ููู ุฑูููุงุถู ุงูุฌูููุงููุ ููููุง ุชูุฌูุนููู ููุจูุฑููู ุญูููุฑูุฉู ู
ููู ุญูููุฑู ุงููููููุฑูุงูู
Maksudnya : โYa Allah, jadikanlah kubur dia salah satu daripada taman-taman syurga-Mu. Dan janganlah Engkau jadikan kubur dia sebagai kawah daripada kawah neraka.โ
Semoga keluarga Allahyarham terus tabah dan redha menerima ketetapan Allah SWT. Mudah-mudahan kita semua bersatu kembali di Syurga Allah SWT.
ASMA’ BINTI HARUN & TIM PENYELIDIKAN
Sumber : KEMATIAN TERINDAH YANG DICEMBURUI, PERGINYA… – Ustazah Asma’ Harun | Facebook