Kenangan – Jumpa lagi Tuan Guru 1 kami..
Ku coretkan ini buat kenangan.
Dalam video ada ustaz sebut dah sakit lima hari. Ya betul. Hari pertama ustaz sakit tu , ana bergegas ke Klinik Salak mencari ustaz. Abang Aziz jiran ustaz hantar ustaz ke sana.
Sampai di klinik, ustaz dah keluar daripada bilik doktor. Ustaz kata gastrik. Ustaz ulang angin kat dada. Tak lepas nak buang.
Kami hantar ustaz balik tapi malam tersebut ustaz pilih untuk tidur di rumah ana. Ustazah tiada kerana di kampung urusan maknya, ustaz saja nak tinggalkan kenangan buat ana untuk berbakti di akhir hayat ustaz.
Jiran pun pelik. Mereka pelawa juga tapi ustaz asik sebut tidur rumah piji. Ana berbesar hati dan bawa ustaz balik. Ana sediakan bilik untuk ustaz.
Ustaz kata makan lewat dan muntah semua makanan. Ana nak hidang nasi tapi ustaz menolak. Ustaz minta roti. Ana bagi roti dan ustaz makan sambil berbaring.
Malam tu ana takut nak hadap apa apa kemungkinan seorang diri.Ana pun tak lelap tidur asik turun mengintai ustaz. Yang dengar hanya “Allah , Ya shafi” dibibir ustaz.
Sebelum subuh ana masuk bilik ustaz. Ustaz kata tak dapat tidur. Ana urutkan belakang ustaz sehingga sedikit lega. Sebaik azan ana ke surau, dan tanya ustaz nak makan apa?
Ustaz pilih nasi lemak. Selepas subuh ustaz mandi solat dan makan. Ana tak makan. Sebab ana risau lihat ustaz berpeluh peluh. Ana cakap risau ustaz diserang sakit jantung.
Ustaz nafikan. Biasa cek tiada sakit jantung. Tapi ana tahu rumah ana tak panas. Ana hantar ustaz balik dan sediakan sofa untuk ustaz berbaring.
Semalam ustaz mesej lagi tanya tujuan kami ke Labuan. Kami tahu ustaz nak ikut. Namun bukan untuk kali ini.
Ustaz mesej juga minta nombor akaun untuk bayar hutang, ana tak bagi sebab tiada istilah hutang dalam persahabatan kita.
Hari ini pagi pagi ikhwah dah telefon ana,ustaz rebah lagi. Ana lega sebab ana tak hadap seorang diri. Ramai ikhwah mandikan ustaz. Penuh surau solatkan ustaz. Adik beradik ustaz juga ramai yang menunggu ketibaan ustaz. Hati ana cukup lega. Di Kemaman setitik pun air mata ana tak tumpah.
Terima kasih atas kenangan. Moga Allah mengurniakan sahabat yang lebih baik dan hidangan yang lebih enak daripada apa yang selalu kita jamah bersama.
Jumpa lagi Tuan Guru 1 kami.
Afizhi
Rakan seperjuanganmu
Sumber : (8) Facebook