Berita pemergian Ust Dr.Soberi Awang dalam hampir semua media arus perdana
BANGI, Ahad β Timbalan Pengerusi Majlis Ulama Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA), Dr Mohd Soberi Awan dilaporkan meninggal dunia semasa sedang menyampaikan kuliah Subuh di Surau Al-Ittihadiyyah, Seksyen 9, Shah Alam.
Allahyarham yang juga merupa pensyarah di Fakulti Syariah dan Undang-Undang Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) disahkan meninggal dunia kira-kira jam 7.55 pagi tadi. Allahyarham, difahamkan mengadu sakit dada dalam kuliahnya sebelum rebah dan tidak sedarkan diri beberapa minit selepas itu. Jemaah yang hadir dalam kuliah tersebut kemudian mula mendekati Allahyarham untuk memberi bantuan.
Sementara itu, badan bukan kerajaan (NGO) kemanusiaan, Aman Palestin turut mengucapkan takziah dalam satu kenyataannya di Facebook, kepada keluarga Allahyarham yang juga Perunding Aman Palestin. βSalam takziah diucapkan buat ahli keluarga Allahyarham dan kenalan atas kehilangan seorang insan yang banyak memberikan bakti dan jasa buat pembangunan masyarakat Malaysia khususnya dalam menyampaikan ilmu-ilmu mengenai Palestin, Syria dan Yaman.
Jenazah Allahyarham akan disolatkan selepas Maghrib di Surau Ittihadiyah sebelum dibawa ke Kemaman, Terengganu.
Sumber : Pensyarah meninggal dunia semasa sampaikan kuliah Subuh – TV Pertiwi
Sementara itu, hampir semua media arus perdana menyiarkan berita tentang pemergian Us Dr.Soberi Awang di dalam media online milik mereka. Antaranya ialah ;
- https://www.astroawani.com/berita-malaysia/ustaz-soberi-meninggal-dunia-ketika-beri-kuliah-subuh-430459
- https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2023/07/993682/dr-soberi-awang-meninggal-dunia-rebah-ketika-beri-kuliah-subuh
- https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2023/07/1133776/ustaz-mohd-soberi-meninggal-dunia-akibat-serangan-jantung
- https://www.sinarharian.com.my/article/271060/berita/semasa/ustaz-soberi-meninggal-dunia-akibat-serangan-jantung
- https://www.kosmo.com.my/2023/07/30/dr-soberi-meninggal-dunia-lepas-rebah-sampaikan-kuliah-subuh/
- https://www.mstar.com.my/lokal/viral/2023/07/31/nak-masuk-syurga-tak-mudah-bertimpa-timpa-rintangan-berat-ini-peringatan-ustaz-soberi-sebelum-meninggal-dunia-kata-terakhirnya-sebut-nama-allah
- https://www.utusan.com.my/nasional/2023/08/dr-soberi-banyak-berdiam-diri-sebelum-meninggal-dunia/