Fiqh SemasaKolumnisPolitik IslamSoal Jawab

Isu Penetapan Bin/Binti Adalah Keperluan Mengikut Siyasah Syar’iyah Dan Uruf Setempat

Baru-baru ini saya ditemuramah secara maya oleh seorang wartawan daripada The Merdeka Times mengenai isu ini. Jika ada siaran berita daripada portal berikut yang mengundang kesalahfahaman kerana konteksnya atau kerana pendeknya berita tersebut, berikut saya berikan sepenuhnya teks temuramah agar kita menilai dengan baik :

Soalan pertama :

Ustaz, baru-baru ini tular trend membuang bin atau binti dalam surat beranak kelompok Melayu-Islam kerana ia didakwa tiada keperluan dan sekadar merumitkan khususnya apabila bekerja di luar negara.

Apakah pandangan Islam dalam perkara ini? Adakah ia dibenarkan?

Jawapan saya :

Islam memberikan kuasa kepada pemerintah utk mengurus perihal kenegaraan bagi perkara2 yg tiada nas khusus terhadap kewajipannya, tidak berlanggar dengan prinsip syarak dan ada keperluan kepada perkara itu.

Ketetapan pemerintah terhadap isu bin/binti adalah demi menjaga kepentingan yang lebih besar seperti isu nasab, faraid, jantina serta status agama seseorang.

Jika ada pihak yg mendakwa ia menyusahkan, ia perlu ditimbang dgn maslahat yang dikira dalam isu penetapan bin/binti.

Oleh itu, menganggapnya sbg menyusahkan perlu diperhalusi dan dilihat baik buruk oleh pihak berautoriti bagi menentukan kesesuaiannya, bukan dengan dakwaan seorang dua.

Soalan kedua :

2. Mengapa bin atau binti disertakan dalam nama individu Islam?

((Pada 2017, Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Nur Jazlan Mohamed memaklumkan penggunaan bin/binti bagi mereka beragama Islam adalah sangat penting kerana ia dapat menentukan nasab (kebapaan) anak-anak itu, yang akan memberi kesan kepada perkara berkaitan mahram (kerabat haram dinikahi), harta pusaka, wali dan undang-undang lain yang berkaitan))

Jawapan saya :

Tujuan bin dan binti disertakan demi kepentingan-kepentingan itu, dan ia juga berbalik kepada uruf setempat, khususnya negara berbilng agama dan bangsa, yang meletakkan agama Islam sebagai agama negara.

Perbezaan agama perlu dinyatakan dengan jelas bagi memastikan setiap umat Islam mendapat hak yang sepatutnya. Antara tujuan syariah juga adalah menzahirkan perbezaan antara muslim dan non-Muslim.

Syarak juga memberikan hak kepada uruf/adat masyarakat bagi menentukan apa yang terbaik utk mereka, dlm rangka yg tidak melanggar disiplin dan kaedah syarak.

Soalan ketiga :

Apakah kesan pada masa akan datang sekiranya masyarakat Islam terus mengikuti trend ini?

Jawapan saya :

Kesan jika terikut trend;

Yang pertama : Masyarakat akan mudah terikut dgn perkara yg viral, berbanding perkara yg betul.

Yang kedua, nilai uruf dan adat setempat akan dihilangkan dan digantikan dgn nilai ‘antarabangsa’ yg menghilangkan ‘gap’ antara bangsa dan agama.

Yangg ketiga, keteraturan dan kestabilan prosedur yg dinikmati selama ini akan mudah dicabar, diganggugugat, dan dipermainkan, jika pihak autoriti melayan perkara demikian dgn mudah.

Soalan keempat :

Pandangan ustaz apabila ada yang menyifatkan tidak meletakkan bin atau binti akan menimbulkan kekeliruan terhadap taraf anak itu yang dianggap anak luar nikah?

Jawapan saya :

Saya setuju pandangan ini, kerana antara tujuan agama juga adalah mengelakkan masyarakat bersyak wasangka sesama lain.

Jika dilihat kpd peraturan sedia ada, memang ada peruntukan utk mana2 ibubapa yg tidak mahu meletakkan bin/binti kpd nama anak mereka, namun ia perlu dimohon dan dipertimbangkan kesesuaiannya.

Peraturan ini sudah ada, dan bagi saya ia memadai. Tidak perlu diubah keadaan sedia ada semata2 permintaan setengah pihak, sedangkan kepentingan yg dijaga lebih besar perkiraannya

Soalan kelima :

Ustaz maaf mohon sedikit penjelasan, untuk paragraph pertama adakah ia bermaksud tiada nas mewajibkan penggunaan bin atau binti bagi golongan Muslim?

dari pandang Al-Quran dan Hadis adakah terdapat galakan untuk menggunakannya bagi muslim?

Jawapan saya :

Tiada nas mewajibkan penggunaannya. Pemakaian bin dan binti adalah mengikuti uruf pemakaian nama org Arab yg digunakan bin-binti. Contohnya : Umar Ibn Al-Khattab, Uthman bin Affan dan seumpamanya.

Pandangan Al-Quran dan hadis lebih kepada menyeru dengan nasab ayahnya yakni mensabitkan nasab, tidak mempermainkan nama ayah/ibu, dan seumpamanya.

Wartawan : Baik ustaz terima kasih atas pencerahan.

—–

Dengan ini saya kira jelaslah pandangan saya dalam isu ini, bahawa walaupun tiada nas yang mewajibkan secara sareh, tetapi siasah syar’iyah menuntut penggunaannya secara jelas.

Wallahua’lam bissawaab.

Ustaz Ahmad Syamil Bin Mohd Esa

Setiausaha Agung Majlis Ulama ISMA (MUIS)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *