Dunia IslamKenyataan Rasmi

MUIS Komited Dalam Isu Mempertahankan Baitul Maqdis

Baru-baru ini, umat Islam sekali lagi dikejutkan dengan serangan rejim pengganas Israel terhadap umat Islam yang sedang beriktikaf di perkarangan Masjid Al-Aqsa. Dikhabarkan awal pagi tadi juga mereka telah mengebom bandar Gaza dan beberapa tempat lain.

Tindakan yang kejam dan tidak berperikemanusiaan tersebut merupakan provokasi yang berulang kali dilakukan keatas umat Islam setiap kali menjelang bulan Ramadan.

Justeru itu, MUIS mengutuk sekeras-kerasnya tindakan yang dilakukan oleh rejim pengganas tersebut kerana ia bukan sekadar menceroboh hak keamanan rakyat Palestin di bulan yang mulia ini, bahkan telah mengundang kemarahan keatas umat Islam di seluruh dunia.

Palestin adalah tanah wakaf buat seluruh umat Islam. Jadi, semestinya telah menjadi tanggungjawab seluruh umat Islam untuk mempertahankannya dari sebarang ancaman rejim pengganas Zionis.

MUIS menyeru agar seluruh umat Islam terus berdoa agar Allah Taala memberi perlindungan serta kekuatan terhadap para mujahidin yang bertungkus-lumus kiblat pertama umat ini.

Dato Hj Zamri bin Hashim

Pengerus,

Majlis Ulama Isma (MUIS)

Leave a Reply