Isu filem Tak Senonoh, Artis Muslim Dan Penggiat Seni Sepatutnya Tahu Batasan

Setelah berlalunya tempoh yang panjang dalam mengarusperdanakan kehidupan patuh syariah dalam segenap bidang di Malaysia, sepatutnya para artis dan penggiat seni dan hiburan sudah mempunyai satu ‘common sense’ dalam isu-isu yang bertentangan dengan budaya dan norma agama negara kita.

Tindakan setengah pihak yang ‘try hard’ untuk mempromosi budaya asing dalam arena kesenian dan hiburan adalah suatu provokasi dan ancaman yang jelas terhadap agama dan norma kemasyarakatan yang menitikberatkan kesopanan dan moral yang sejahtera.

Ia perlu ditangani dengan tegas dan diberikan pengajaran yang sewajarnya dari pihak yang berkenaan, juga daripada kalangan masyarakat yang sepatutnya memulaukan filem yang berkenaan dalam apa jua bentuk.

“Sesungguhnya orang yang suka untuk ‘fahisyah’ (kemaksiatan) itu tersebar dalam kalangan orang beriman, akan mendapat azab yang pedih di dunia dan akhirat”

– Surah An-Nur, ayat 19

Arus pembinaan masyarakat yang menerima ajaran agama sebagai paksi dan rujukan kehidupan seharusnya dijadikan teras utama dalam apa sahaja bidang yang disajikan kepada masyarakat awam, kerana ia akan mencorak masa depan yang sihat menuju ummah ‘fadhilah’ (gemilang).Wallahua’lam bissawaab.

Ustaz Ahmad Syamil Mohd Esa

Pengarah SekretariatMajlis Ulama Isma (MUIS)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *