Ambil peluang 40 hari bagi sebuah perubahan

Perubahan kejadian manusia ketika di dalam rahim bermula setelah persenyawaan apabila berlalunya 40 hari. 40 hari pertama sebagai air mani yang bercampur dengan ovum (peringkat nutfah), 40 hari kedua sebagai segumpal darah (peringkat alaqah), 40 hari ketiga sebagai seketul daging (peringkat mudhghah), setelah itu ditiupkan roh pada janin.

Perbahasan 40 hari ini juga disokong dengan satu pandangan fiqh yang menyatakan bahawa sejenis unta yang memakan najis (al-Jallalah) tidak halal untuk dimakan melainkan ia dikuarantin dan diberikan makanan halal selama 40 hari.

Nabi Musa AS pula sebelum bertemu Allah SWT di bukit Tursina telah beruzlah dan ‘beriktikaf’ selama 40 hari.

Juga di sana terdapat beberapa ayat Al-Quran dan hadis Rasulullah SAW lain yang menyokong angka 40 hari ini sebagai satu ‘turning point’ atau titik perubahan seseorang.

Ambillah peluang ini untuk kita mengkuarantinkan diri kita, sempena bulan Ramadhan ini, untuk mengambil seberapa banyak makna perubahan dalam diri, melalui solat, puasa, sedekah, tilawah, tadabbur, qiamullail, dan seumpamanya sebagai proses penyucian bagi kita ‘halal’ dan ‘layak’ dilimpahi cahaya Allah SWT, dan diterima sebagai hamba Allah yang sebenar-benarnya.

Mudah-mudahan Allah SWT memberi taufiq dan hidayah-Nya serta memandu kita menjadi satu ‘makhluk’ yang berbeza, lebih bersih, lebih hampir kepada-Nya, dan lebih tulus, setelah berlalunya madrasah Ramadhan ini.

Wallahua’lam bissawaab

Ustaz Syamil Esa
Pengarah Sekretariat
Majlis Ulama ISMA (MUIS)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *