Umat Islam perlu meletakkan niat bina negara patuh syariah
Umat Islam di Malaysia perlu berazam untuk menjadikan negara ini patuh syariah sepenuhnya, walau jalannya mungkin memakan ratusan tahun.
Usaha kecil yang berterusan akan membuahkan hasil yang besar dan berkekalan. ISMA menganjurkan kempen ‘Malaysia Sejahtera Tanpa Arak’ sebagai salah satu langkah membebaskan pemikiran umat Islam daripada kerangka kenegaraan yang sedia ada, kepada kerangka yang sepatutnya, walau ia mungkin tidak popular di kalangan segelintir umat Islam itu sendiri.
Ya, memang kita boleh membahaskan dengan panjang lebara isu arak ini dari sudut fiqh dan hak-hak orang bukan Islam di dalam negara Islam. Tapi ada sudut yang perlu kita sepakati dahulu, apakah rupabentuk sebuah negara yang kita mahukan ?
Perubahan pemikiran memerlukan tempoh yang panjang, selain daripada gerakerja dan perancangan yang tersusun. Ia adalah suatu pakej daripada sebuah kehidupan yang dilalui setiap hari. Bilakah pula ia akan berlaku, jika ia tidak bermula dari hari ini ?
Wallahua’lam bissawaab.
Ustaz Ahmad Syamil Mohd Esa
Pengarah Sekretariat
Majlis Ulama ISMA (MUIS