MUIS dikunjungi Majlis Ulama Palestin

ISNIN, 15 Nov – Majlis Ulama ISMA (MUIS) telah dikunjungi Majlis Ulama Palestin di pejabat Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA). Kunjungan ini bertujuan memperkenalkan Majlis Ulama ISMA dan organisasi ISMA itu sendiri kepada Majlis Ulama Palestin yang mula bertapak di Malaysia sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

Majlis Ulama Palestin telah diwakili oleh Dr Ahed Abu Al-Atta selaku Pengurus Cawangan Asia Tenggara, bersama dengan dua anggota Majlis Ulama Palestin, Dr Abdul Karim, dan Dr Abu Lu’ie. Majlis Ulama ISMA (MUIS) diwakili Timbalan Pengerusi MUIS, Dr Soberi Awang, Pengarah Sekretariat MUIS, Ustaz Ahmad Syamil Mohd Esa, bersama dengan Setiausaha Kerja, Ustaz Hafizuddin Jamil. Turut menghadiri kunjungan ini adalah Presiden ISMA, Ustaz Muhammad Fauzi Asmuni bersama salah seorang Ahli Jawatankuasa Pusat ISMA, Ustaz Abdullah Hussen.

Banyak perkongsian pandangan sekitar pergolakan politik Malaysia serta perkembangan pergerakan dakwah di peringkat nasional. Majlis Ulama Palestin menyatakan kesediaannya untuk bekerjasama dalam sebarang bentuk aktiviti yang sesuai dan menyatakan hasratnya untuk mengangkat bersama isu Palestin dan Al-Quds sebagai satu titik pertemuan kesemua pihak yang cintakan Islam. Pihak MUIS juga telah bersetuju untuk menghadiri jemputan ke Multaqa Koalisi Ulama dalam agenda Al-Quds yang akan diadakan di Istanbul pada bulan Disember yang akan datang.

Majlis bermula dengan solat Maghrib secara berjemaah, dan berakhir pada jam 9.15 malam.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *