Wanita Malaysia Mendokong Perjuangan Mujahidat Al-Aqsa

Ucapan selamat dan salam buat para wanita Palestin yang telah bertungkus lumus dalam membantu perjuangan jihad, penentangan, pengorbanan dan pembebasan.

Dalam rangka puluhan tahun konflik antara rakyat Palestin dan penjajah, wanita Palestin telah mewujudkan keajaiban jihad dan pengorbanan yang paling indah demi Allah dan cinta akan tanah air serta kebebasannya.

Bersama anak watan Palestin, para wanita turut bersama dalam memperjuangkan kemerdekaan. Mereka telah melahirkan pahlawan serta membimbing mereka ke arah pembebasan.

Ucapan salam dan selamat juga ditujukan kepada wanita-wanita Palestin di Al-Quds yang menjadi murabitah (penjaga di perbatasan yang sentiasa bersiap siaga) di Masjid Al-Aqsa.

Para wanita turut menjadi pejuang yang mempertahankan kesucian agama dan identiti Islam Al-Quds. Mereka memainkan peranan penting dalam menentang penjajahan sepertimana yang berlaku baru-baru ini di kejiranan Sheikh Jarrah.

Para wanita ini teguh dalam mempertahankan tanah, rumah dan kedudukan Palestin. Mereka juga sentiasa menjadi pejuang paling hadapan dalam mempertahankan kesucian dan hak rakyat Palestin.

Salam sejahtera buat para wanita Gaza yang menjadi benteng jihad dan perjuangan serta penjaga rumah di mana mereka mencatat segala episod pengorbanan, perjuangan dan ketabahan.

Mereka inilah yang telah melahirkan kumpulan-kumpulan mujahidin dan pejuang serta merelakan mereka menjadi syuhada demi kebebasan Palestin dan kemenangan Al-Aqsa.

Juga, tidak lupa salam sejahtera buat wanita Palestin yang terluka, yang ditawan, ibu-ibu para pejuang dan wanita Palestin yang menderita akibat kesan peperangan. Tidak dilupa kepada semua yang telah memberi sumbangan kepada Palestin. Moga Allah memberkati kalian.

Wanita mujahidat Palestin akan tetap selamanya menjadi ikon jihad dan muqawamah (pertahanan) tanah Palestin serta Masjid Al-Aqsa yang diberkati.

Oleh: Ustazah Hayati Mohd Zari
Penyelidik MUIS & Pegawai Eksekutif Aman Palestin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *