Israk Mikraj Meniup Semangat Pembebasan Al-Aqsa

1. Peristiwa Israk dan Mikraj dalam sejarah telah meninggalkan satu hikmah yang besar. Nabi SAW telah melalui satu perjalanan di malam hari, di mana perjalanan tersebut membawa baginda untuk singgah terlebih dahulu di Masjid al-Aqsa sebelum melalui Mikraj atau naik ke langit.

2. Bukankah dari sudut logiknya, Allah SWT berkuasa untuk mengangkat Nabi terus ke langit dari Mekah, tanpa membawa Nabi bermusafir terlebih dahulu ke Palestin? Persinggahan Nabi di Masjid al-Aqsa pastinya mempunyai signifikan dan kepentingannya tersendiri.

3. Ketika tiba di Masjid al-Aqsa juga, Nabi Muhammad SAW telah menjadi imam solat kepada sekalian Nabi-Nabi. Peristiwa ini hakikatnya menjadi satu petanda bahawa Masjid al-Aqsa ini adalah milik Nabi Muhammad dan umatnya.

4. Kita yang mengakui sebagai umat Muhammad sepatutnya berazam untuk menjadikan masjid mulia yang terjajah ini milik kita kembali. Masjid al-Aqsa perlu dibebaskan dan dimerdekakan dari cengkaman Yahudi. Kewujudan negara haram Israel tidak boleh diterima sama sekali dan pastinya tidak akan diiktiraf oleh umat Islam buat selama-lamanya.

5. Namun, sungguh menyedihkan apabila isu Palestin kini semakin hari semakin kurang disentuh dan dibincangkan, ditambah dengan dunia kini sedang berperang dengan Covid dan sangat sibuk dengan isu pandemik ini.

6. Tambah menyayat hati apabila terdapat negara-negara Islam sendiri sudah tidak mengenali mana lawan dan mana kawan. Hubungan damai dan pengiktirafan Israel sebagai sebuah negara telah dimetrai. Sehingga saat ini, sudah terdapat 5 buah negara Islam yang menandatangani normalisasi dengan Israel antaranya Mesir, Jordan, UAE, Bahrain dan terkini Kosovo. Sungguh memalukan!

7. Dalam kekalutan dunia dengan pandemik pun, kita dapat melihat bagaimana orang Yahudi cekap mengambil peluang dan menjalankan perancangan jahat mereka untuk menguasai dan merosakkan dunia ini. Benarlah kata Allah bahawa golongan ini tidak akan berhenti bekerja sehingga semua manusia mengikut telunjuk mereka. Allah SWT telah memberi peringatan dalam Surah al-Baqarah ayat 120: “Sesungguhnya orang Yahudi dan Nasrani tidak akan redha kepadamu sehingga kamu mengikut mereka. Katakanlah: Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang sebenar). Dan sesungguhnya jika kamu mengikut kemahuan mereka setelah datang pengetahuan kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolongmu”

8. Al-Quran juga telah memberi amaran dalam banyak ayat tentang perangai Yahudi yang suka membuat kerosakan di bumi. Antaranya firman Allah SWT: “…kemudian, sesungguhnya kebanyakan dari mereka (Yahudi) sesudah itu, sungguh-sungguh menjadi orang-orang yang melampaui batas (melakukan kerosakan) di muka bumi” (Surah al-Maidah: 32)“…dan mereka (Yahudi) pula terus-menerus melakukan kerosakan di muka bumi, sedang Allah tidak suka kepada orang-orang yang melakukan kerosakan” (Surah al-Maidah: 64).

9. Oleh kerana itu, berwaspadalah dan jangan sesekali bersahabat dengan para Yahudi musuh Allah. Ambil tahu dan caknalah tentang isu semasa Palestin yang sedang dijajah para perosak bumi ini. Isu Palestin adalah isu kita bersama, bukan setakat isu kemanusiaan tetapi isu aqidah umat Islam. Seperti sabda Nabi; “Barangsiapa yang tidak mengambil berat urusan orang Islam, maka dia bukanlah daripada kalangan mereka”.

10. Tindakan pertama yang perlu kita lakukan kini adalah menghangatkan semula cinta kepada Masjid al-Aqsa dan menghidupkan semangat untuk memerdekakan tanah air Palestin yang terjajah. Meriahkan Israk dan Mikraj kali ini dengan memperbanyakkan ceramah dan penerangan tentang isu Palestin.

11. Perkenalkan juga pada anak-anak kita dengan Masjid al-Aqsa. Tunjukkan kepada mereka gambar masjidnya, juga Masjid Qubbatul Sakhra yang berwarna kuning di sebelahnya serta halaman masjidnya. Anjurkan pertandingan mewarna ilustrasi Masjid al-Aqsa atau kuiz untuk menguji pengetahuan tentang Israk Mikraj dan Palestin. Tanamkan rasa berkobar-kobar dalam diri mereka untuk menjadi antara pejuang yang membebaskan Palestin suatu masa nanti.

12. Selain itu, galakkan ahli keluarga untuk infaq atau menyumbang walaupun sedikit wang buat para ‘frontliner’ yang sedang berjuang mempertahankan bumi Palestin. Sediakan satu tabung khas untuk Palestin dan hantarkan sumbangan tersebut melalui NGO atau agensi kemanusiaan yang berkenaan agar wang tersebut dapat disalurkan buat mereka yang memerlukan di sana.

13. Peristiwa Israk dan Mikraj pada hari ini juga perlu disambut bukan sekadar dengan mengakui kebesaran Allah dan menambahkan amalan soleh dengan ibadah seperti berpuasa sunat dan bangun solat malam. Bahkan sambutan Israk dan Mikraj perlu diselitkan sekali dengan munajat dan doa khusus agar Masjid al-Aqsa bebas kembali.

14. Umat Islam perlu bersatu hati dan jangan mudah diperkotak-katikkan musuh. Umat Islam wajib membina sistem dan kekuatan tersendiri untuk melawan dan menghapuskan kuasa Yahudi dan Zionis antarabangsa. Semuanya perlu bermula dengan kesedaran dan kekuatan aqidah serta keyakinan akan datangnya pertolongan Allah, juga kemenangan yang sangat dekat yang telah dijanjikan-Nya.

15. Mudah-mudahan kita semua dapat bersujud dan bersolat bersama di Masjid al-Aqsa ketika saat ia telah merdeka. Semoga suatu masa nanti, akan tiba masanya kita dapat mengulangi kegemilangan sejarah Salehuddin Al-Ayubi yang telah membebaskan Baitulmaqdis dari cengkaman musuh Allah. Ameen ya rabbal alamin.‘Maha Suci Allah yang telah menjalankan hamba-Nya (Muhammad) pada malam hari dari Masjid Al-Haram (di Makkah) ke Masjid Al-Aqsa (di Palestin), yang Kami berkati sekelilingnya, untuk memperlihatkan kepadanya tanda-tanda (kekuasaan dan kebesaran) Kami. Sesungguhnya Allah jualah yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.’ (Surah Al-Isra’:1)

Salam Israk Mikraj 1442H.

Ustazah Nur Fatin binti Halil
Naib Pengerusi Majlis Ulama ISMA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *