7 Sunnah Nabi dalam Berkeluarga
Walaupun belum bergelar sebagai pengamal undang-undang, namun apabila membaca dan meneliti data dan statistik keruntuhan keluarga Melayu Muslim membuatkan jiwa saya sedihΒ dan mengganggu fikiran saya.
Saban hari saya berfikir kesan dan nasib terhadap kemenjadian anak-anak Melayu Muslim yang mana mereka terlibat secara tidak langsung dalam isu keruntuhan keluarga ini.
Punca kepada perkara ini tidak lain adalah apabila suami dan isteri tidak mempunyai nawaitu dan hadaf (objektif) yang jelas untuk mendirikan sebuah keluarga. Semua keputusan yang dibuat hanya bersandar nafsu bukan bersandar kepada persediaan memikul tanggungjawab. Maka,hidup yang seharusnya digalasi dengan penuh sabar dan bertanggungjawab bertukar menjadi sebuah beban dan penuh keserabutan. Keluarga Melayu Muslim kini benar-benar hilang contoh dan pedoman yang baik.
Di sebalik kepincangan institusi keluarga yang dihadapi, marilah sama-sama kita berhenti sejenak memikirkan bagaimana Rasulullah s.a.w yang begitu sibuk, penat dan lelah dalam urusan negara namun masih disebut sebagai lelaki (ketua) yang paling baik (menunaikan hak) kepada ahli keluarganya? Pasti ada rahsia dan tips yang diajarkan oleh Rasulullah.
Dalam hal ini, Rasulullah S.A.W ada menasihatkan kita tentang beberapa perkara. Antaranya seperti berikut;
#1 β Tidak Membenci Pasangan Yang Beriman
Dalam melayari alam rumahtangga, sudah pasti ada beberapa perkara yang kadang membangkitkan emosi atau ego antara kedua pasangan, terutama daripada pihak suami.
Masing-masing mahu mempertahankan pandangan sehingga kadang βterbenciβ dengan sikap pasangan yang tidak mahu menyokong pandangannya. Justeru, dalam hal ini beringatlah akan sabda Rasulullah S.A.W, Abu Hurairah R.A berkata, Rasulullah S.A.W bersabda;
βJanganlah seorang mukmin membenci wanita yang beriman. Jika dia membenci salah satu perangainya, maka masih ada perangai lain yang menyenangkannya.β (Hadis Riwayat Muslim)
Walaupun ada satu sikap isteri atau suami yang kurang disenangi oleh pasangan, ingatlah ada sikap lain yang lebih baik padanya. Ini kerana boleh jadi kita membenci sesuatu itu, padahal ia amat baik bagi diri kita.
#2 β Saling menghormati
βAku pernah bertanya kepada Rasulullah S.A.W, βApakah hak isteri terhadap suaminya?β Rasulullah S.A.W menjawab, βMemberi makan jika kamu makan, memberi pakaian jika kamu berpakaian, tidak memukul wajah, tidak menghina dan tidak pula meninggalkan isteri melainkan dia tetap berada di rumahnyaβ.β
(Hadis Riwayat Abu Daud)
Dalam konteks βmenghormatiβ kaum wanita ini bukanlah bermaksud para suami perlu menjadi βhambaβ kepada pasangannya. Tidak sama sekali. Hadis ini merupakan panduan buat para suami supaya tidak mensia-siakan kaum wanita terutama para isteri.
Tahukah kita, Rasulullah S.A.W amat menghormati dan melayani para isterinya dengan cara yang cukup mulia.
#3-Memberi Nafkah Kepada Keluarga
Rasulullah S.A.W bersabda;
βSesungguhnya nafkah yang kamu keluarkan kerana mengharap keredaan Allah S.W.T nescaya akan dibalas dengan pahala, termasuk apa yang kamu masukkan ke dalam mulut isterimu.β
(Hadis Riwayat Bukhari)
Nafkah keluarga adalah satu kewajipan buat setiap ketua keluarga terutama suami. Namun begitu, haruslah diingat serta diteliti sumber bagi memperolehinya. Ini kerana apa-apa yang diberikan kepada ahli keluarga itu terutama dalam soal pemakanan kelak akan menjadi darah daging dalam tubuh mereka. Jika baik sumbernya, maka baiklah seluruhnya.
#4 β Menjaga Rahsia dan Maruah Pasangan
βMaka, perempuan-perempuan yang soleh itu ialah yang taat (kepada Allah dan suaminya), dan memelihara (kehormatan dirinya dan apa jua yang wajib dipelihara) ketika suami tidak hadir bersama, dengan pemuliharaan Allah dan pertolongannya.β (Surah An-Nisa, ayat 34)
Perkahwinan adalah satu ikatan yang suci. Oleh itu, berusahalah untuk memelihara ikatan tersebut daripada perkara-perkara yang boleh merosakkannya, antaranya dengan menceritakan perihal yang menjatuhkan maruah suami atau isteri di hadapan kepada rakan, ahli keluarga dan sebagainya. (Jika berlaku pertikaian, rujuk kepada yang pakar, bukan disebar)
#5 β Perintahkan Ahli Keluarga Untuk Solat
Firman Allah S.W.T yang bermaksud; βDan, perintahkanlah kepada keluargamu mendirikan solat dan bersabarlah kamu dalam mengerjakannya. Kami tidak meminta rezeki kepadamu, (bahkan) Kamilah yang memberi rezeki kepadamu. Dan, akibat itu adalah bagi orang yang bertakwa.β
(Surah Taha : 132)
Solat yang menjadi tiang atau asas dalam agama juga perlu dititikberatkan. Ini kerana salah satu kelebihan bagi mereka yang memelihara ibadah solat ini adalah ia dapat menghindarkan diri daripada perkara yang keji dan mungkar. Seterusnya memberi ketenangan kepada seisi rumah. Adapun, jika solat tidak dipelihara, dibimbangi ia akan memberi kesan buruk dalam kehidupan keluarga itu sendiri.
#6 β Tidak Membawa Perkara Yang Bertentangan Masuk Ke Dalam Rumah
Abu Talhah meriwayatkan, Rasulullah S.A.W bersabda;
βMalaikat tidak akan masuk ke dalam rumah yang di dalamnya ada anjing dan gambar (patung atau lukisan).β
(Muttafaqun Alaih)
Bagi mewujudkan rumah tangga yang harmoni, hal ini juga haruslah dititikberatkan. Sebagai ketua keluarga, para suami hendaklah memastikan tiada perkara yang bertentangan dengan syariat Islam ada di dalam rumah masing-masing. Gantikanlah keadaan tersebut dengan perhiasan yang tidak bertentangan dengan syariat serta isilah rumah dengan perkara yang lebih berfaedah untuk seisi keluarga seperti solat berjemaah atau bacaan Al-Quran.
#7 – Menggembirakan hati pasangan dengan memberi gelaran yang baik
Diriwayatkan oleh Aisyah RA bahwa, Nabi SAW adalah orang penyayang lagi lembut. Dan beliau akan menjadi orang yang sangat lembut dan paling banyak menemani ketika isterinya sedang sakit. (H.R. Bukhari dan Muslim)
Seringkali Rasulullah memanggil Aisyah dengan ucapan βwahai Humairaβ (panggilan sayang untuk Aisyah).
Perkara ini juga perlu dilakukan sebaliknya buat para isteri untuk memanggil suami dengan gelaran yang baik-baik.
Mari kita contohi peribadi Rasulullah dan para ummahatul mukminin yang telah menjadi qudwah dalam melayari kehidupan berkeluarga yang penuh dengan sakinah, mawaddah dan rahmah.
Ψ§ΩΩΩΩ Ψ΅ΩΩ ΨΉΩΩ Ω ΨΩ Ψ― ΩΨΉΩΩ Ψ§ΩΩ Ω ΨΩ Ψ―
Ustazah Abiidah Fadzlan Shahidi
Penyelidik MUIS