AqidahDakwahKolumnis

Kekayaan harta atau ilmu ?

Saya suka nukilkan pandangan daripada As-Syeikh Al-Allamah Muhammad Ad-Daduw. Beliau pernah berkata dalam salah satu ceramahnya: “pandai cari makan, banyak duit, bukanlah suatu yang perlu dibanggakan ataupun kelebihan seseorang manusia yang perlu dijadikan qudwah kepada orang lain, sebab cari makan ni haiwan pun pandai”.

“Yang membezakan manusia dan makhluk yang lain adalah ilmu pengetahuan. Binatang dan makhluk lain tidak diberi kebolehan untuk memperolehi ilmu. Itulah kelebihan yang diberikan dan dimuliakan kepada bangsa manusia”.

Nasihat saya, tak perlulah menjadikan orang-orang yang kaya raya ni idola utama dalam hidup. Idolah kita Rasulullah dan Rasulullah sendiri sebut pewaris Baginda adalah ulama. Itulah idola dan yang kita fokus untuk perbanyakkan.

Kata ulama, Rasulullah SAW tidak pernah berdoa ditambahkan apa-apa anak, harta, lain-lain selain dari ilmu. Allah SWT berfirman dalam al-Quran:

وَقُل رَّبِّ زِدۡنِي عِلۡمٗا

“Katakanlah (wahai Muhammad) : “Wahai Tuhanku, tambahkanlah kepadaku ilmu” – Surah Taha, ayat 114

Jadi biarlah kita menginsafi perkara ini. Jangan sampai tertipu dengan harta dunia. Bagi yang kaya, gunakanlah kekayaan pada jalan Allah. Tak semestinya kaya itu selamat dan bahagia, dan tak semestinya juga miskin itu yang selamat dan bahagia. Ambillah jalan pertengahan.

Wallahuallam.

Dr Muhammad Ikram Abu Hassan
Penyelidik
Majlis Ulama ISMA (MUIS)

Leave a Reply