Ucapan MUIS sempena kedatangan Ramadhan Al-Mubarak
Majlis Ulama ISMA mengucapkan “Selamat Menjalani Ibadah di dalam bulan Ramadhan al-Mubarak” kepada seluruh umat Islam di Malaysia.
MUIS sentiasa mengingatkan bahawa banyak kerosakan di dalam masyarakat disebabkan sikap degil segelintir manusia terhadap peraturan dan undang-undang Allah. Kemurkaan Allah SWT boleh terzahir dengan berbagai cara.
Namun rahmat Allah SWT yang luas telah memberikan kesempatan agar kita dapat melalui ‘madrasah Ramadhan’ bagi memuhasabah kembali perjalanan hidup kita selama ini.
Ini kerana dalam menjalani ibadah dalam bulan Ramadhan ini, ia merupakan cara terbaik untuk kita kembali kepada norma asal seorang muslim, sekaligus meninggalkan norma-norma baru yang ganjil daripada ajaran Islam, yang telah menjerumuskan umat Islam hingga terpesong jauh dari Tuhannya.
Wallahua’lam bissawab.
Sahibus Samahah Dato’ Hj Zamri bin Hashim
Timbalan Mufti Perak,
Pengerusi Majlis Ulama ISMA (MUIS)