KolumnisUtama

SIS konsisten merungkai asas Syarak sejak dahulu

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menolak permohonan semakan kehakiman oleh Sisters in Islam bagi mencabar keputusan Jawatankuasa Fatwa Selangor yang mengisytiharkan pertubuhan itu sesat dan menyeleweng. Hakim, Datuk Nordin Hassan memutuskan fatwa yang dikeluarkan oleh Jawatankuasa Fatwa Selangor bahawa SIS Forum Berhad terpesong dari ajaran Islam adalah sah dan tidak bercanggah dengan mana-mana undang-undang.

Lihat: https://www.indahnyaislam.my/2019/08/fatwa-selangor-isytihar-sis-sesat-dan-menyeleweng-kekal/

Keputusan ini menunjukkan mereka kekal sebagai pertubuhan yang menyebarkan pemikiran liberal yang sesat dan menyeleweng. Sekiranya Tuan-Puan lupa tentang penyelewengan pemikiran yang dibawa oleh mereka, kami senaraikan beberapa isu yang pernah menjadi persoalan berhubung pendirian mereka. Antaranya:

(a) Sisters in Islam menyokong perhimpunan LGBT (14 Mac 2019)
Baca: https://www.bharian.com.my/berita/kes/2019/03/541058/himpunan-lgbt-3-dipanggil-beri-keterangan-isnin

(b) Sisters menggesa amalan bersunat diharamkan (26 Januari 2019)
Baca: https://www.ismaweb.net/2019/01/26/sisters-in-islam-gesa-amalan-bersunat-diharamkan/

(c) Sisters menyatakan al-Quran tidak pernah mewajibkan pemakaian tudung dan ia hanya pilihan peribadi seseorang. (22 June 2015)
Baca: https://www.malaymail.com/news/malaysia/2015/06/22/quran-doesnt-specify-womens-hair-as-aurat-muslim-ngo-insists-as-conservativ/919835

(d) Sisters menolak hukum Hudud (14 Oct 2015)
Tonton: https://www.youtube.com/watch?v=C07uS-0gyu8

Baca: Sisters in Islam tegas bantah hudud, dakwa tidak adil kepada wanita (5 Oct 2011)
http://www.sistersinislam.org.my/news.php?item.915.121

(e) Sisters memperlekehkan Fatwa (4 Ogos 2018)
Baca: https://www.thestar.com.my/opinion/columnists/sharing-the-nation/2013/08/04/the-essence-of-fatwa

(f) Sisters mempertahankan peserta Ratu cantik dan menyifatkan Fatwa sebagai tidak demokratik (23 July 2013)
Baca: http://www.sistersinislam.org.my/news.php?item.1188.10

Ini hanyalah sebahagian contoh kecelaruan pemikiran liberal yang disebarkan oleh Sisters in Islam. Mudah-mudahan mereka ini datang berdialog dan belajar dari para Mufti dan ilmuan Islam yang dapat membimbing mereka dari kesesatan pemikiran liberal yang telah jauh menyeleweng.

Semoga Allah membimbing kita semua.

Dr. Ahmad Sanusi Azmi
Timbalan Pengerusi MUIS

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *