KolumnisUtama

Peristiwa Badar mengajar erti kesetiaan sesama muslimin

Kita di Malaysia sangat ma’ruf dengan peristiwa Nuzul al Quran yang berlaku setiap tahun pada 17 Ramadan. Alangkah indahnya jika pengetahuan itu ditambah lg dengan menghayati peristiwa Badar al Kubra yang berlaku pada tarikh yang sama.

Ia merupakan peperangan yang berlaku dalam sejarah umat Islam menentang kafir Quraish yang dipimpin sendiri oleh Baginda SAW. Pengistiharan ‘jihad qital’ yg pertama menentang golongan bertuhankan hawa nafsu lalu menjadi permulaan sinar kerahmatan Islam ke seluruh alam.

Uniknya peristiwa ini dengan Quran bukanlah sekadar mempunyai tarikh yang sama, bahkan Allah SWT menyifatkan dengan sifat yang sama terhadap kedua perkara ini. Kita sedia maklum salah satu nama al-Quran adalah al-Furqan (memisahkan antara haq dan batil) tetapi tahukan kita peristiwa Badar ini juga diberi nama al-Furqan. Jika Quran adalah kitab al-Furqan maka Badar adalah harinya.

وَمَآ أَنزَلۡنَا عَلَىٰ عَبۡدِنَا يَوۡمَ ٱلۡفُرۡقَانِ يَوۡمَ ٱلۡتَقَى ٱلۡجَمۡعَانِ‌ۗ
kepada apa yang telah diturunkan oleh Kami (Allah) kepada hamba Kami (Muhammad) pada Hari Al-Furqan, iaitu hari bertemunya dua angkatan tentera (Islam dan kafir, di medan perang Badar) (Surah al-Anfal 41)

Syed Qutb ketika membahaskan ayat ini menyebut antara sebab peristiwa Badar dinamakan al-Furqan adalah kerana peristiwa ini mengajar orang beriman untuk meletakkan kesetiaan (al-wala’) terhadap Allah, Rasul serta sesama umat Islam. Sebuah masyarakat yang hidup selama ini dalam kegelapan jahiliyah asobiyah perkauman al-batil yang melampau akhirnya boleh berubah menjadikan kesetiaan al-haq atas dasar agama yang suci ini.

Mereka sanggup berhadapan dengan kawan karib, sanak saudara atau ahli keluarga sedarah walaupun puluhan tahun hidup bersama hanya atas dasar setianya mereka pada agama. Mereka tahu bahawa al-Haq dan al-Batil sealamnya tidak mungkin duduk bersama. Inilah didikan yang berlaku terhadap umat Islam dalam peristiwa Badar, seperti mana Allah mengajarkan pada Nabi Nuh erti wala’ yang sebenar saat berlakunya banjir besar:

قَالَ يَـٰنُوحُ إِنَّهُ ۥ لَيۡسَ مِنۡ أَهۡلِكَ‌ۖ إِنَّهُ ۥ عَمَلٌ غَيۡرُ صَـٰلِحٍ۬‌ۖ
Allah berfirman: Wahai Nuh! Sesungguhnya anakmu itu bukanlah dari keluargamu (kerana dia telah terputus hubungan denganmu disebabkan kekufurannya); sesungguhnya bawaannya bukanlah amal yang soleh (Surah Hud 46)

Peristiwa Badar yang kita ingati setiap tahun ini sepatutnya menjadikan umat Islam di Malaysia kembali memuhasabah di mana kita meletakkan kesetian kita hari ini? Adakah pusat kesetiaan kita masih lagi meletakkan Allah, Rasul dan orang beriman atau ianya sudah berubah dengan kepentingan lain seperti kuasa, harta dll? Dimanakah kesetiaan kita saat terus duduk bersama mereka yang berterusan menentang Islam dan umatnya?

Janganlah oleh kerana kuasa kita sanggup menjual Quran, Hadis, Sirah Nabi seperti mana rahib Yahudi menjual agama mereka demi kepentingan duniawi. Kelompok inilah yang Rasulullah saw sebut:

إن هؤلاء الذين ابتاعوا الكفر بإيمانهم فارتدوا عن إيمانهم بعد دخولهم فيه

Sesungguhnya mereka itulah yang membeli kekufuran dengam menjual iman mereka. Lalu terkeluarlah mereka daripada keimanan selepas dia masuk ke dalamnya. (Tafsir al-Tabari dalam ayat 177 surah ali-Imaran)

Ambillah pengajaran wahai orang yang berakal

Muhammad Firdaus bin Zalani

Pengawai Penyelidik MUIS

Leave a Reply