Hukuman rejam adalah perkara jelas dalam Syariat
1. Di dalam artikel bertajuk โTiada Rejam dalam al-Quran,โ Wanji mengkritik perlaksanaan hukuman hudud yang bakal dilaksanakan di Brunei dan menyimpulkan bahawa: โdakwaan pelaksanaan hukuman rejam kononnya tuntutan Syariah di Brunei itu, bukan sekadar tidak berasaskan hujah agama yang kuat, malah bercanggah dengan prinsip dasar Islam.โ
2. Kenyataan Wanji ini yang berpandukan kepada pandangan Sheikh Abu Zuhrah adalah kekeliruan yang nyata. Beliau memilih pandangan yang ganjil tanpa menukilkan pensyariatan hukuman rejam ini seperti yang telah sabit di dalam nas-nas syarak.
3. Bagaimana Wanji boleh menyatakan hukuman rejam ini tidak berasaskan hujah agama yang kuat sedangkan Rasulullah sendiri pernah merejam seorang lelaki bernama Maโiz ibn Malik dan seorang wanita al-Ghamidiyyah? Apakah hukuman yang dijalankan oleh Rasulullah ini tidak berlandaskan hujah agama yang kuat?
4. Hadith Rasulullah merejam Maโiz ibn Malik diriwayatkan di dalam Sahih al-Bukhari melalui riwayat Jabir dan Abu Hurairah. Perkara ini dijelaskan oleh al-Imam Ibn Hajar yang menyebutkan:
ุญุฏูุซ ุฃูู ุตูู ุงููู ุนููู ูุณูู ุฑุฌู ู ุงุนุฒุง ููุฏ ุฃุญุตู ูู ูู ุงูุตุญูุญูู ุนู ุฃุจู ูุฑูุฑุฉ ููุงู ูู ูู ุฃุญุตูุช ุ ูุงู : ูุนู ุ ููุฐุง ููุจุฎุงุฑู ุนู ุฌุงุจุฑ .
โHadith yang menceritakan bahawa Rasulullah merejam Maโiz dan dia dalah seorang yang telah berkahwin diriwayatkan di dalam Sahih al-Bukhari dan Muslim daripada Abu Hurairah. Dan ditanya, apakah dia (Maโiz) telah berkahwin, dia menjawab: Ya. Begitu juga hadith yang sama diriwayatkan oleh Jabir. (Ibn Hajr, Fath al-Bari).
5. Rasulullah turut pernah merejam seorang wanita dari Bani Juhaynah yang datang mengaku pada Rasulullah atas kesalahannya. Baginda menangguhkan hukuman sehingga anak kandungan wanita tersebut dibesarkan. Setelah itu wanitu itu masih mengaku atas kesalahan yang sama. Rasulullah mengeluarkan arahan rejam dan memuji taubat wanita tersebut. Sabda Rasulullah:
ููููุฏู ุชูุงุจูุชู ุชูููุจูุฉู ูููู ููุณูู ูุชู ุจููููู ุณูุจูุนูููู ู ููู ุฃููููู ุงููู ูุฏููููุฉู ููููุณูุนูุชูููู ู
โSesungguhnya dia telah bertaubat dengan satu taubat yang sekiranya dibahagikan kepada 70 ahli Madinah, maka taubat wanita ini lebih baik dari semua mereka.โ (HR Sahih Muslim).
6. Hukuman rejam ini telah diteruskan oleh Saidina Umar. Bahkan kekeliruan yang berlaku pada hari ini telah pun dinyatakan oleh Saidina Umar. Kata Umar: โaku bimbang, sekiranya aku tidak meneruskan hukuman rejam ini, akan ada manusia hari ini yang menyatakan: โSesungguhnya tiada rejam di dalam al-Quran.โ
Kata Umar:
ูุฑุฌู ุฑุณูู ุงููู ุตูู ุงููู ุนููู ูุณูู ูุฑุฌู ูุง ุจุนุฏู ูุฃุฎุดู ุฅู ุทุงู ุจุงููุงุณ ุฒู ุงู ุฃู ูููู ูุงุฆู ู ุง ูุฌุฏ ุงูุฑุฌู ูู ูุชุงุจ ุงููู ููุถููุง ุจุชุฑู ูุฑูุถุฉ ุฃูุฒููุง ุงููู
โRasulullah telah melaksanakan hukuman rejam pada zaman Baginda, dan kami meneruskan hukuman ini selepas kewafatan Rasulullah kerana bimbang apabila zaman terus berlalu dan akan ada manusia yang berkata: Kami tidak mendapati hukum rejam di dalam al-Quran. Lalu mereka sesat kerana meninggalkan kefarduan yang ditetapkan oleh Allah.โ (HR Sahih Muslim)
7. Hukuman rejam turut dilaksanakan oleh Saidina Ali. Beliau telah merejam Syurahah al-Hamdaniyyah. Kisah ini diriwayatkan oleh al-Bukhari yang menyebutkan:
ุฃููู ุนููููุงู ุญูู ุฑูุฌูู ู ุงูู ุฑุฃูุฉ ุถุฑุจููุง ููู ู ุงูุฎู ูุณุ ูุฑูุฌูู ููุง ููู ู ุงูุฌู ุนุฉ ุ ููุงู: ุฌูุฏูุชููุง ุจููุชูุงุจู ุงูููุ ูุฑูุฌูู ูุชููุง ุจูุณููููุฉู ุฑุณููู ุงููู -ุตูู ุงููู ุนููู ูุณูู
โSesungguhnya Saidina Ali telah merejam seorang wanita, beliau menjalankan hukuman sebat pada hari khamis dan merejamnya pada hari Jumaat. Ketika melaksanakan hukuman tersebut, Ali melaungkan: Sesungguhnya aku menjalankan hukuman sebat dan rejam ini adalah berpandukan Kitab Allah dan Sunnah Rasul.” (HR al-Bukhari/ Fiqh al-Sunnah).
8. Bahkan hukuman rejam ini adalah kesepakatan (ijmak) ulama terdahulu. Kata al-Imam Ibn Hajar di dalam Fath al-Bari:
ููุงู ุจู ุจุทุงู ุฃุฌู ุน ุงูุตุญุงุจุฉ ูุฃุฆู ุฉ ุงูุฃู ุตุงุฑ ุนูู ุฃู ุงูู ุญุตู ุฅุฐุง ุฒูู ุนุงู ุฏุงู ุนุงูู ุงู ู ุฎุชุงุฑุงู ูุนููู ุงูุฑุฌู
โDan berkata Ibn Battal, para sahabat telah bersepakat (ijmak), begitu juga dengan para Imam serata wilayah, bahawa mereka yang telah berkahwin sekiranya mereka berzina dengan sengaja maka hukuman ke atas mereka adalah rejam.โ
9. Pandangan yang sama dinyatakan oleh al-Imam al-Nawawi di dalam Sharh Muslim. Beliau menjelaskan bahawa:
“ุฃุฌู ุน ุงูุนูู ุงุก ุนูู ุฃู ุงูุฑุฌู ูุง ูููู ุฅูุงู ุนูู ู ู ุฒูู ููู ู ุญุตูุ
โPara ulama telah bersepakat (ijmak) bahawa hukuman rejam tidak dilakukan melainkan ke atas mereka yang berzina dalam keadaan mereka sudah berkahwin.โ (Sharah Sahih Muslim)
10. Begitu juga dengan al-Imam Ibn Qudamah yang menyatakan di dalam kitab beliau yang masyhur iaitu al-Mughni. Beliau menyebutkan:
“ูุฌูุจ ุงูุฑุฌู ุนูู ุงูุฒุงูู ุงูู ุญุตู ุฑุฌูุงู ูุงู ุฃู ุงู ุฑุฃุฉุ ููุฐุง ููู ุนุงู ุฉ ุฃูู ุงูุนูู ู ู ุงูุตุญุงุจุฉ ูุงูุชุงุจุนูู ูู ู ุจุนุฏูู ู ู ุนูู ุงุก ุงูุฃู ุตุงุฑ ูู ุฌู ุน ุงูุฃุนุตุงุฑุ ููุง ูุนูู ููู ู ุฎุงููุง ุฅูุง ุงูุฎูุงุฑุฌ
โKewajipan merejam penzina yang telah berkahwin, samada lelaki maupun perempuan adalah pandangan kebanyakan ahli ilmu daripada sahabat, tabien dan ulama-ulama seluruh dunia selepas mereka. Tidak ada yang menafikan perkara ini melainkan kumpulan khawarij.โ (Ibn Qudamah, al-Mughni).
11. Jelas di sini hukuman rejam adalah sabit di dalam syarak. Rasulullah melaksanakannya, sahabat meneruskan kaedah hukuman ini dan para salaf serta ulama selepas itu meneruskannya. Adalah amat mengelirukan apabila ada dikalangan kita tiba-tiba menyatakan bahawa: โhukuman rejam tidak berasaskan hujah agama yang kuat.โ
Moga Allah membimbing kita semua.
Dr. Ahmad Sanusi Azmi
Timbalan Pengerusi MUIS