Khitan Perempuan: Menolak pandangan SIS yang menghina ulama’
1. Saya ditanya berkenaan artikel Malaysiakini yang mempertikaikan isu khitan (sunat) wanita dan bantahan Sisters in Islam. Mereka menilai semula hadith-hadith yang digunakan dalam pensyariatan khitan ini. Malah artikel tersebut memberikan contoh hadith Abu Daud yang dikatakan daif dari segi statusnya yang menyebabkan mereka mempertikaikan pengamalan sunat wanita.
2. Ini adalah salah satu modus operandi yang sering dilakukan oleh mereka. Mereka memilih untuk menampilkan hadith-hadith yang lemah sedangkan hadith-hadith yang sahih telah wujud untuk mengesahkan pensyariatan khitan wanita itu sendiri.
3. Rasulullah bersabda dalam sebuah hadith sahih:
ููู ูุณูู ุงููุฎูุชูุงูู ุงููุฎูุชูุงูู ููููุฏู ููุฌูุจู ุงููุบูุณููู
โDan apabila bertemu dua khitan (kemaluan lelaki dan wanita, ertinya jimak) maka wajiblah mandi.โ (HR Muslim)
Hadith ini menggambarkan bagaimana yang berkhatan itu bukan sahaja lelaki bahkan perempuan.
4. Begitu juga hadith yang sahih berkenaan sunnah yang menjadi fitrah ke atas manusia yang disebutkan oleh Rasulullah. Hadith tersebut turut menyebutkan khitan atau sunat sebagai sebahagian dari fitrah manusia. Sabda Rasulullah:
ุงูููุทูุฑูุฉู ุฎูู ูุณู : ุงูุฎูุชูุงูู ููุงูุงุณูุชูุญูุฏูุงุฏู ููููุชููู ุงูุฅูุจูุทู ููุชูููููููู ู ุงูุฃูุธูููุงุฑู ููููุตูู ุงูุดููุงุฑูุจู
โFitrah manusia itu adala lima iaitu khitan, istihdad (mencukur bulu kemaluan), mencabut bulu ketiak, memotong kuku dan mencukur kumisโ
5. Pensyariatan ini turut disokong oleh hadith Ummu Atiyyah yang menyebutkan:
ุญุฏูุซ ุฃู ุนุทูุฉ ุฑุถู ุงููู ุนููุง ูุงูุช: ุฅู ุงู ุฑุฃุฉ ูุงูุช ุชุฎุชู ุจุงูู ุฏููุฉุ ููุงู ููุง ุงููุจู ุตูู ุงููู ุนููู ูุณูู : “ูุง ุชููููุ ูุฅู ุฐูู ุฃุญุธู ููุฒูุฌุ ูุฃุณุฑู ูููุฌู”
โUmmu Atiyyah berkata: Sesungguhnya para wanita (mengamalkan) khatan di Madinah, lalu Rasulullah berpesan: Janganlah engkau potong semuanya, kerana itu menguntungkan bagi wanita dan disukai oleh suami.โ (HR Abu Daud)
6. Hadith Ummu Atiyyah riwayat Abu Daud inilah yang menjadi pertikaian. Ia dinilai sebagai daif oleh sebahagian riwayat. Namun sebahagian sarjana Muslim turut menilai hadith ini sebagai hasan (baik dan diterima) kerana jalur riwayat lain yang membantu. Ini dinyatakan oleh al-Albani yang menyebutkan:
ูุฃููู ู ุฌูุก ุงูุญุฏูุซ ู ู ุทุฑู ู ุชุนุฏุฏุฉ ูู ุฎุงุฑุฌ ู ุชุจุงููุฉ ูุง ูุจุนุฏ ุฃู ูุนุทู ุฐูู ุงูุญุฏูุซ ููุฉ ูุฑุชูู ุจูุง ุฅูู ุฏุฑุฌุฉ ุงูุญุณู
โDan saya berpendapat bahawa kedatangan hadith ini dengan jalur yang pelbagai dan sumber yang berbeza tidak jauh untuk diberikan hadith tersebut nilai kekuatan untuk diangkat (statusnya) kepada hasan. (al-Silsilah al-Sahihah)
7. Hadith yang hampir sama juga diriwayatkan oleh Ummu Habibah. Ummu Habibah terkenal dengan tugasannya sebagai bidan dalam perkara ini. Rasulullah bertanya tentang perbuatannya menjalankan khitan perempuan. Lalu Ummu Habibah berkata:
ุฅูุง ุฃู ูููู ุญุฑุงู ุงู ูุชููุงูู ุนููุ ููุงู ุฑุณูู ุงููู ุตูู ุงููู ุนููู ูุณูู : “ุจู ูู ุญูุงูุ ูุงุฏูู ู ูู ุญุชู ุฃุนูู ู”
โKata Ummu Habibah: Sekiranya (berkhatan wanita) adalah haram, maka Rasulullah sudah pasti melarangku (dari melakukannya). Bahkan Rasulullah berkata: Ia adalah sesuatu yang halal. Dan Rasulullah memanggil Ummu Habibah lalu berkata: Mari dekat sini, aku ingin berpesan kepadamu tentangnya.โ Lalu Rasulullah mengajar Ummu Habibah perkara yang sama seperti yang dinyatakan oleh Ummu Atiyyah dalam hadith di atas (no 3). (HR al-Bayhaqi)
8. Atas dalil yang kuat, sebahagian mazhab seperti Syafie dan Hanbali berpandangan bahawa hukum sunat ke atas perempuan adalah wajib. Pandangan ini turut dinyatakan oleh al-Imam Ibn Taimiyyah di dalam Majmuk Fatawa, begitu juga al-Imam Ibn al-Qayyim al-Jauziyyah dan Ibn al-Arabi daripada mazhab Maliki. Al-Imam al-Nawawi menyebutkan:
ุงูุฎุชุงู ูุงุฌุจ ุนูู ุงูุฑุฌุงู ู ุงููุณุงุก ุนูุฏูุงุ ูุจู ูุงู ูุซูุฑูู ู ู ุงูุณูู ูุฐุง ุญูุงู ุงูุฎุทุงุจูุ ู ู ู ู ุฃูุฌุจู ุฃุญู ุฏ … ูุงูู ุฐูุจ ุงูุตุญูุญ ุงูู ุดููุฑ ุงูุฐู ูุต ุนููู ุงูุดุงูุนู ุฑุญู ู ุงููู ููุทุน ุจู ุงูุฌู ููุฑ ุฃูู ูุงุฌุจ ุนูู ุงูุฑุฌุงู ูุงููุณุงุก
โKhitan adalah wajib ke atas lelaki dan perempuan di sisi mazhab syafie. Dan pandangan telah dinyatakan oleh ramai ulamaโ salaf seperti yang dinukilkan oleh al-Imam al-Khattabi. Malah al-Imam Ahmad turut mewajibkannya. Dan mazhab yang sahih yang masyhur seperti yang dinyatakan oleh al-Imam al-Syafie dan disokong oleh jumhur adalah (khitan) hukumnya wajib ke atas lelaki dan perempuan. (al-Nawawi, al-Majmuโ)
9. Pandangan inilah yang dipegang oleh beberapa Mufti di Malaysia termasuklah Mufti Wilayah. Mufti Wilayah turut mengeluarkan pandangan bahawa hukum sunat ke atas perempuan adalah wajib. Ini disampaikan melalui artikel beliau dipautan ini:
http://muftiwp.gov.my/โฆ/1336-al-kafi-419-hukum-berkhatan-baโฆ
10. Bantahan terhadap cadangan Sisters in Islam untuk mengharamkan amalan sunat turut disuarakan oleh beberapa Mufti di Malaysia termasuklah Mufti Selangor, Mufti Pulau Pinang dan Mufti Perak. Pandangan mereka dinukilkan dipautan ini:
https://www.freemalaysiatoday.com/โฆ/tidak-perlu-haramkan-aโฆ/
11. Apa yang menyedihkan, penulis artikel turut menganggap tafsiran ulamaโ ini sebagai satu โpelacuran syariatโ kerana memberikan tafsiran yang bersifat tidak adil dari sudur gender. Kata beliau:
โInilah racun-racun patriakhi yang sudah melacurkan syariat dengan tafsiran-tafsiran misigonis terhadap perempuan.โ
Tergamakkah kita menyifatkan ulama silam seperti al-Imam al-Syafie, al-Nawawi, Ibn Taimiyyah dan yang lain-lain sebagai mereka yang melacurkan syariat?
Moga Allah membimbing kita semua.
Dr. Ahmad Sanusi Azmi
Timbalan Pengerusi MUIS