Kemenangan Turki adalah berita gembira untuk Al-Quds
Kesatuan Ulama Muslimin Sedunia meyampaikan ucapan tahniah ke atas rakyat Turki atas kemenangan Erdogan dalam pilihanraya Presiden yang berlaku baru-baru ini.
“Sesungguhnya kemenenagan itu adalah kemenangan untuk umat Islam amnya serta kejayaan untuk agenda keadilan, wasatiyah dan suatu berita gembira untuk krisis umat yang sedang melanda diseluruh dunia khususnya bumi Al-Quds, Palestin”
Syiekh Dr Ali Qurahdaghi, Setiausaha Kesatuan Ulama Muslimin Sedunia menyatakan sedemikian dalam satu kenyataan rasmi.
Tambah beliau lagi, kami mendoakan supaya Allah terus memberi hidayah dan taufiq-Nya kepada presiden yang dipilih dan rakyat supaya kegemilangan Turki akan kembali gemilang seperti yang kita lihat dalam sejarah.
Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan baru-baru ini mengumumkan kemenangannya dalam Pilihan Raya Presiden, yang berlangsung minggu lepas, menewaskan pencabarnya apabila berjaya meraih 52.5 peratus daripada 99 peratus jumlah undi yang dikira.
Menurut agensi berita Anadolu, Erdogan, 64, calon Parti Keadilan dan Pembangunan (AKP) berjaya memperoleh 52.5 peratus undi, manakala Muharrem Ince, 54, dari Parti Rakyat Republikan (CHP) mendapat 31 peratus undi.
Berita kemenangan itu turut diumumkan jurucakap Kerajaan Turki, Bekir Bozdag, yang dilaporkan berkata, keputusan tidak rasmi selepas 95 peratus undian dikira, menunjukkan Erdogan sedang mendahului berbanding calon yang lain.
“Moga kemenangan ini memberi kebaikan pada Negara Turki dan umat Islam keseluruhannya” Doa beliau.
sumber: http://iumsonline.org/