HadisSoal JawabUtama

Dalil membaca Surah Al-Kahfi pada hari Jumaat

Soalan: Salam Ustaz. Kalau ada free, nak minta ustaz tolong dapatkan kesahihan tentang hadis anjuran baca surah Al Kahfi pada hari Jumaat. Jzkmlh khoir

Jawapan : Di antara hadis disyariatkan membaca surah Al-Kahfi pada malam dan siang hari Jumaat serta kelebihannya adalah seperti berikut :

[1] Dari Abu Said Al-Khudri ra, dari Nabi saw bersabda :

“Barangsiapa membaca surah Al-Kahfi pada malam Jumaat, maka dipancarkan cahaya untuknya sejauh antara dirinya dia dan Baitul ‘atiq.”
[Sunan Ad-Darimi 3273. An-Nasaei dan Al-Hakim]

[2] Dalam riwayat lain dari Abu Sa’id Al-Khudri ra :

“Barangsiapa membaca surah Al-Kahfi pada hari Jumaat, maka akan dipancarkan cahaya untuknya di antara dua Jumaat.”
[HR Al-Hakim 2/368, al-Baihaqi 3/249. Ibnu Hajar kata ‘ Hadis Hasan’ dalam Takhrij al-Azkar. Beliau kata hadis ini paling kuat tentang surah Al-Kahfi].

[3] Dari Ibnu Umar ra berkata : Rasulullah saw bersabda ;

“Siapa yang membaca surah Al-Kahfi pada hari Jumaat, maka akan memancar cahaya dari bawah kakinya sampai ke langit, akan menerangkan kelak pada hari kiamat dan diampuni dosanya antara dua Jumaat.”
[Al-Mundzir berkata : hadis ini diriwayatkan oleh Abu Bakar bin Mardawih dalam tafsirnya dengan Isnad yang tidak cacat]. (Dari kitab at-Targhib Wa al-Tarhib 1/298)

▫️Semua Hadis di atas adalah SAHIH

▫️Hari Jumaat adalah hari yang mulia, maka muliakanlah dengan amal-amal ketaatan.

▫️Namun setiap amal ketaatan hendaklah didasarkan kepada sunnah Nabi saw bersumberkan dalil-dalil yang sahih.

Demikian secara ringkas. Wallahua’lam.

Ust Abdul Rahman Iskandar

Ahli Majlis Ulama ISMA (MUIS)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *