Simposium MUIS untuk merungkai kecelaruan konsep Rahmatun Lil Alamin

Serangan terhadap Islam pada hari ini berlaku dalam pelbagai sudut, samada ianya serangan berbentuk zahir secara berhadapan atau serangan berbentuk dalaman iaitu secara merosakkan tasawwur Islam yang sebenar. Jika kita lihat di Malaysia hari ini, serangan yang banyak berlaku adalah dalam bentuk merosakkan tasawwur Islam itu sendiri. Pelbagai istilah serta kefahaman Syarak diolah serta cuba diubah dengan tujuan membenarkan tindakan-tindakan yang melanggar syarak.

Antaranya adalah berkenaan istilah Maqasid yang MUIS pernah sentuh dalam Muzakarah sebelum ini. Diantara lain juga ialah penggunaan istilah Islam sebagai agama rahmatun lil alamin. Tanpa menafikan bahawa istilah tersebut memang benar menjadi ciri utama kepada Islam itu sendiri namun sesetengah kelompok hari ini menggunakan istilah ini dengan tujuan yang salah.

Mereka menggunakannya untuk berlembut dengan bukan Islam yang secara jelas menantang Islam, mereka menggunakannya untuk meninggalkan perkara teras dalam syarak dan pelbagai perkara lain lagi. Hal ini secara jelas menunjukkan mereka menggunakan istilah Syarak untuk meruntuhkan Syarak itu sendiri.

Melihat kepada keadaan ini, Majlis Ulama ISMA (MUIS) terpanggil untuk mengadakan simposium bagi membentangkan konsep rahmatan lil alamin dalam kefahaman Syarak yang sebenar. Supaya ianya dapat menolak segala salah faham serta memberi pencerahan berkenaan konsep ini kepada masyarakat.

Simposium Pemikiran Politik Islam adalah sesi perbincangan bersama mufti, ahli akademik, asatizah bersama masyarakat awam. Ianya diadakan dalam bentuk perbincangan yang terbuka dengan dijemput seramai 200 orang peserta sebagai pemerhati kepada simposium tersebut.

Siposium ini adalah kedua anjuran Majlis Ulama ISMA (MUIS) yang sebelum ini dihadiri pelbagai pihak seperti mufti, pensyarah, tokoh masyarakat serta asatizah. Yang terakhir sebelum ini membincangkan tajuk maqasid di dalam politik Islam.

Dr Mohd Isa bin Hamzah

Pengarah Simposium Siasah Syar’iyyah 2017

————————
SIMPOSIUM SIYASAH SHAR’IYYAH 2017: Konsep Islam Rahmatun Lil Alamin- Antara Kesesatan Tafsiran Hermeneutika Liberal dan Kefahaman Sebenar Syarak

3 Pembentangan kertas kerja | 18 November 2017
Daftar segera di https://bit.ly/simposiummuis2017

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *