Jalan menuju hakikat Ilmu
“Ilmu yang hakiki adalah pengetahuan tentang kebenaran, yang akan mencelikkan mata hati. Ilmu yang hakiki juga adalah hubungan antara jiwa dengan kebenaran yang thabit (tidak berubah) dalam kehidupan ini.
Ilmu itu bukanlah maklumat yang memenuhi akal semata-mata dan terputus (dengan kebenaran). Ilmu juga bukan sesuatu yang tidak membawa kepada hakikat kejadian yang agung, serta yang tidak mampu mengatasi perkara-perkara zahir (yang mampu dicapai oleh pancaindera).
Akan tetapi, jalan kepada ilmu hakiki adalah melalui ketaatan kepada Allah, mempunyai jiwa yang sensitif (terhadap perkara kataatan), bersiap-siaga menghadapi akhirat, mengharapkan rahmat dan kurnia Allah, serta muraqabah kepada Allah dengan ketundukan dan kekhusyukan.
Inilah JALANnya.
Dengan semua ini, seseorang akan mengetahui dan memahami paksi illmu, serta mendapat manfaat daripada apa yang dilihat, didengari serta yang dikaji.
Kesemua ilmu ini akan menuju kepada pengakhiran yang satu; iaitu hakikat yang agung dan thabit, di sebalik segala perkara zahir dan kajian yang kecil (serta juzie).
Sesiapa yang mengecilkan skop ilmu pada kajian semata-mata, serta perkara-perkara zahir yang mampu dicerna oleh pancaindera (sedangkan sumber ilmu itu bukanlah sekadar pancaindera), mereka hanyalah PENGUMPUL
MAKLUMAT dan bukan ULAMA’ (yang mendalam ilmunya).”
[sedutan daripada Az-Zilal, tafsir ayat 9 surah Az-Zumar]
Ust Amar Ismat Bin Mohd Nasir
Ahli Majlis Ulama ISMA (MUIS)